Talapia Goreng Rempah Kari

Posted by *∽ IZAN ∽* Friday, June 11, 2010 , ,

Resepi Ikan Talapia Goreng Rempah Kari |
Kategori : Lauk Pauk

Bahan-Bahan
2 ekor Ikan Talapia ( atau apa saja)
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu rempah kari daging
1 tangkai daun Kari
Garam

Cara masakan
1. Lumurkan ikan bersama serbuk kari ikan & daging dan garam secukup rasa
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan.
3. Setelah agak masak, masukkan sekali daun kari untuk aroma.
4. Bila cukup garing angkat dan toskan minyak. Sedia untuk di hidang


Story behind the scene :
Haaa.. punya la sempoi resepi ni sampai rasa patut ke nak tayang kat blog? ha ha ha. Nak ikutkan aku pun selalu rasa bersalah je kalau nak hidang lauk takat 'goreng-goreng' jekk.. rasa cam pemalas no ke sampai tak sempat nak di menukan yg bergoreng tu? hu hu.  TAPI pernah tak rasa.. kalau makan kat luar (kalau saya kantin la), nampak ayam goreng kee rasa cam besttt jekkk.. padahal goreng je... bukan tak leh buat sendiri pun kat rumah! Moralnya kat sini... GORENG PUN SODAP.. walaupun simple, buat je lah kat rumah.. he he he

Haa.. satu lagi nak citer. Goreng tu satu hal la... Ikan Talapia ni sebenarnya Kakak Ipar@Abang Ipar ku yang bela sendiri kat rumah! Kira freshh tu! Masa dapat hidup lagi ikan ni! Bila goreng memang masih rasa manis daging nyer. Satu lagi TIPS dari kakak Ipar ku yang memang TAIKO la bab masak-masak ni, selalu masak 'sekelip mata' je! hu hu. katanyer :

"kalau nak goreng, goreng dalam minyak panas sampai garing luarnya baru kecilkan api supaya masak dalamnyer !" 

Garing di luar, masak di dalam gitu.. baru tau..! hu  hu

3 comments

  1. Kakasma Says:
  2. izan,bab tu ade iklan kata goreng pun sodap!!!hehehe..dah goreng makan ngan kicap pun jalankan..cam anak2 kecik ..kat umah takde ikan goreng mesti kena tanya takde goreng2 ke mak???

     
  3. mamafiza Says:
  4. Assalamualaikum wbt,

    Buat Cik Izan yang jelita lagi pengasih ^_^

    Oh, saya gemar sekali resipi ini kerana ikan talapia merupakan antara salah satu ikan kegemaran saya. Jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi rahsia cara menggoreng ikan ini dengan betul. Wah, sangat bermanfaat. Saya amat menghargainya >_<

    Teruskan memasak dengan penuh cinta dan keikhlasan ibu hebat Cik Izan. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Cik *peluk!*

    Selamat bercuti & beristirehat!


    Salam kasih,
    mamafiza >O<
    LittleKittle.com

     
  5. Re Kak Asma,

    Memang betull... teringat dulu kecik2 suka sangat ada kerisi goreng. Kalau mak lepas goreng letak atas meja rasanya separuh habis kena ratah jek.. hu hu

    re Mama Fiza,
    Ma kaseh ma kasehhh.. InsyaAllah.. selagi ada orang 'request' selagi tu la dapur tu tak berenti berasapp.. he he he

     

Post a Comment

Terima kasih singgah.. terima kasih terlebih lagi sudi komen.... ceria hari saya hari ni!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!