Cara-cara
behind the scene :
Bahan bahan
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar 2 batang serai - tumbuk pecah
2 inc halia - tumbuk pecah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. Kisar lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Apabila kulit kupang sudah saling terbuka menunjukkan kupang sudah masak. Tidak perlu tambah air kerana air kupang akan keluar sendiri. Kacau sebati dan matikan api. Sedia untuk di hidang.
behind the scene :
Semalam gi Melaka hantar adik ipar aku yg bongsu ke ALAM (Akademi Angkatan Laut).
On the way balik singgah beli kupang segar..! baru naik dari laut. 2 bulan lepas Along beli dan masak.. aku rasa sikit memang best gilerr..! Kali ni kitaorang pun pakat beli kupang segar, sampai rumah terus masak ikut resepi Along. Memang bestt...! he he
Bahan bahan
500 gram Udang basah
6 batang kacang panjang - di potong panjang2
1 1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 batang serai
1 inc halia - tumbuk pecah
serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
1 mangkuk santan pekat
Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan satu batang serai sehingga halus. Masukan ikan bilis dan cili padi yg telah di potong kecil dan kisar sebentar agak-agak kasar sedikit.
2. Didihkan santan di dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama garam , halia dan sebatang lagi serai yang bumbuk pecah sehingga santan sedikit mendidih.
3. Masukkan udang biar sebentar. Kemudian masukkan kacang panjang dan jaga santan sehingga mendidih dan tidak pecah.
4. Bila santan sudah mendidih, matikan apa dan sedia untuk di hidang!
Story behind the scene :
Salam.. isk isk lama tak update resepi. Duk pulun update entry kat personal blog je hari hari isk isk isk. Tu lah padahnya tamak sangat nak berblog! ha ha.
Anyway hari ni nak gi umah Along. Buat makan-makan sket sempena adik ipar bongsu aku yang akan pergi daftar dan mula pengajian kat ALAM (Akademi Laut Malaysia) esok. So aku masak lauk Udang masak cili padi & buat dadih strawberi hari ni. Okeh nak siap-siap dah... dah lewat ni. Jap lagi otw nak gi umah Along ada appointment ngan agen plak.. chow! he he
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Story Behind the scene :
Resepi ni diambil dari resepi .mesra. Moralnye mencabar gak masak tak ada gambar pakai tengok resepi je... hu hu
Story behind the scene ;
Last week lepas gi ambil report card Danish, singgah gi makan kat kedai. Nampak ada lauk Kari Ikan Merah!
Ohh.. selama ni asal ada Ikan Merah asyik duk masak Sup je.. so kali ni buat Ikan Merah masak kari pulak.
Bahan-bahan macam jugak resepi Kari Ikan Tongkol, tapi terlebih rajin cari biji sawi dan daun kari.. ! Peaceee! he he
2 ekor Ikan Talapia ( atau apa saja)
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu rempah kari daging
1 tangkai daun Kari
Garam
Cara masakan
1. Lumurkan ikan bersama serbuk kari ikan & daging dan garam secukup rasa
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan.
3. Setelah agak masak, masukkan sekali daun kari untuk aroma.
4. Bila cukup garing angkat dan toskan minyak. Sedia untuk di hidang
Story behind the scene :
Haaa.. punya la sempoi resepi ni sampai rasa patut ke nak tayang kat blog? ha ha ha. Nak ikutkan aku pun selalu rasa bersalah je kalau nak hidang lauk takat 'goreng-goreng' jekk.. rasa cam pemalas no ke sampai tak sempat nak di menukan yg bergoreng tu? hu hu. TAPI pernah tak rasa.. kalau makan kat luar (kalau saya kantin la), nampak ayam goreng kee rasa cam besttt jekkk.. padahal goreng je... bukan tak leh buat sendiri pun kat rumah! Moralnya kat sini... GORENG PUN SODAP.. walaupun simple, buat je lah kat rumah.. he he he
Haa.. satu lagi nak citer. Goreng tu satu hal la... Ikan Talapia ni sebenarnya Kakak Ipar@Abang Ipar ku yang bela sendiri kat rumah! Kira freshh tu! Masa dapat hidup lagi ikan ni! Bila goreng memang masih rasa manis daging nyer. Satu lagi TIPS dari kakak Ipar ku yang memang TAIKO la bab masak-masak ni, selalu masak 'sekelip mata' je! hu hu. katanyer :
"kalau nak goreng, goreng dalam minyak panas sampai garing luarnya baru kecilkan api supaya masak dalamnyer !"
Garing di luar, masak di dalam gitu.. baru tau..! hu hu
Hari ni pagi-pagi lagi dah pergi ber'dating' ngan Abang kat Pasar Borong Selangor. Dan hasil dari 'dating' tu... tersedialah sudah menu ni atas meja untuk lunch hu hu.
Bahan-bahan
*sebenarnya Cik Izan sentiasa ada stock bawang kisar & lada kisar 24 jam dlm peti. Nak speed up proses memasak hu hu*
800g Kerang - basuh dan toskan
2 biji bawang besar / 3 sudu bawang kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
10 biji lada kering di kisar / 2 sudu lada kisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 tangkai serai - ditumbuk pecah
1 inci halia - ditumbuk pecah
3 keping daun purut
Garam
Gula
Cara-cara
1. Rebuskan kerang dengan sedikit air dan tutup sehingga nampak sebahagian kulit kerang terbuka. Angkat dan toskan
2. Tumis bawang kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram, sos tomato, halia, serai, garam & gula secukup rasa. Kacau dan masak sehingga warna bertukar merah gelap.
4. Masukkan kerang yang telah di rebus tadi. Kacau rata bersama kuah, taburkan daun limau purut dan tutup sebentar. Tutup api dan sedia untuk di hidang!
Bahan-Bahan
Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato
Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa
Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
TIPS:
Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Berani cuba?
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu cili kering yg sudah dikisar
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 cubit perasa ikan bilis
1 sudu sos tiram
1 sudu paste tomyam
1 sudu sos lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan lada merah
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar & halia
sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering yg sudah dikisar *selalunya sentiasa ada stok dlm peti*
4. Bila sudah kering sedikit dan naik minyak, masukkan sos tiram, sos lada hitam & paste tomyam bersama sedikit air
5. Masak sehingga mendidih, masukkan garam & gula serta perasa ikan bilis secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kupang & daun limau purut. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan!
Rasanyerr..? emmmmm boleh tahannnnn.. !! cubalah sendiri!!
Sumber asal : sweet@omoide
Resepi Ikan Kerapu Masak Stim |
Kategori : Lauk Pauk |
Bahan-Bahan
1 Ekor Ikan Kerapu
50 gram Cendawan putih
2 batang jagung muda
1 bungkus enoki (cendawan jepun)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
10 biji cili padi
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1/2 biji limau nipis
1 sudu sos tiram
NOTE: Perlu diingatkan, semua sukatan adalah anggaran semata-mata. Boleh diubah mengikut citarasa masing-masing
Cara-cara
1. Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili padi . Halia & serai ditumbuk pecah. Cendawan & jagung muda dihiris.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dah tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan kira-kira 2 cawan air. Masukkan sos tiram, sedikit kiub ikan bilis dan garam secukup rasa
4. Masukkan halia, serai dan perahkan jus limau nipis. Adjust rasa secukupnya
5. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan kerapu, jagung muda, cendawan putih & daun limau purut. Tutup dan biarkan sehingga kesemua bahan masak. Siap untuk dihidangkan!
Sumber asal : sweet@omoide












