Showing posts with label Masakan Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Masakan Spaghetti. Show all posts

Assalam
Dah lama tinggal bersawang blog ni sejak ada IG dan FB...
Sebenarnya bila masuk musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dek kerana serangan wabak Covid19, 
hari-hari memasak dan hari-hari ada update 1 menu di FB... 
So hari ni terfikir nak share resepi2 menu tu kat blog ni ....

Ok mari kita mulakan dengan resepi pertama
spagetti bolognese daging yang pasti memikat selera kepada penggemar makanan pedas 

Resepi ni adalah signature resepi #daridapurizan
dek kerana En Suami dan anak bujang memang kuat makan pedas
so even buat menu ala 'Itali' kena fushion kan juga ikut selera ahli keluarga ni kan  

Spagetti Bolognese Daging versi pedas
(SPICY MEAT BALL BOLOGNESE SPAGETTI)



Bahan- bahan

250 gram Spagetii (setengah bungkus)

Sos Bolognese 
. Setengah bungkus daging kisar Ramly
. 1 botol sos bolognese Adabi
. 7 ulas bawang putih - hiris halus
. 1/2  biji bawang holand  - cincang halus (jika suka)
. 2 sudu lada hitam tumbuk
. 2 sudu cili kisar
. Bebola daging
. Cendawan butang - hiris nipis
. Brokoli - celur dan tepikan

Cara-cara

1. Rebus spagetti bersama sedikit garam dan minyak masakkira-kira 15 minit dan toskan (atau sehingga lembut
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan
3. Masukkan cili kisar dan lada hitam. Tumis sebentar sehingga cili kisar naik minyak.
4. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Gaulkan sebati.
5. Masukkan sos bolognese Adabi dan kacau sekata.
6. Perasakan garam  dan sedikit gula jika suka untuk balancekan dengan rasa pedas. 
7. Siap untuk di hidang bersama spagetti dan juga brokoli yang telah dicelur masak.



| Resepi Spicy Bolognese Spaghetii | Kategori : Sajian Barat |


Bahan-Bahan :

1/2 bungkus spagethi ~ rebus dan toskan
1 keping daging kisap Ramly
1 botol sos bolognese ~ Kimball/prego
5 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cendawan butang dalam tin ~ dihiris
1 sudu lada hitam ~ di kisar
3~5 sudu lada kering kisar (pedas mengikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan lada hitam kemudian lada kering yang sudah di kisar. Tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan tumiskan sehingga masak, diikuti dengan cendawan butang. 
4. Masukkan sos bolognese & garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 
5. Matikan api dan tuangkan sos di atas spagethi dan sedia untuk di hidang

Spagethi ni tak sah kalau makan tanpa Garlic Bread Stick kan. So aku 
sharekan jugak Resepi Garlic Bread Stick versi aku  yang sungguh simple uhuhuh

| Resepi Garlic Bread Stick | Kategori : Sajian Sampingan |


Bahan-Bahan :

3 keping roti putih sandwich ~ Ku guna Massimo
2 sudu butter ~ Buttercups
2 ulas bawang putih ~ didadu halus
Daun parsley ~ dihiris halus

Cara-Cara :
1. Gaulkan butter, bawang putih dan daun parsley.
2. Sapukan ke atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian.
3. Toastkan roti untuk 3 minit. Siapp !!

Sedap di makan bersama mushroom soup.
Ku pakai Mushroom Soup segera Cambell je hehehehe.
Roti pun pakai roti sandwich biasa.. lagi senang cari
dan tak keras.. crunchy leh adjust masa toast..
memang mabelesss!! uhuhuhu


Versi yang di masam buka posa baru2 ni..
Di hidang bersama Garlic Bread stick, Mushroom soup, Potato wedges & Onion ring.
Gigih masak balik kerja! ahahahahaa




Story Behind the scene :
Ahaaa... kat umah ni cuma Carbonara Spaghetti Carbonara je yang version tak pedas.
Selain dari tu memang kena adjust la kasi pedas baru la En Hubby mau makannn!
So inilah version spaghetti pedas ku! uhuhuhuhu

Resepi My Mayo Macaroni | Sajian Sarapan |
Olahan : Cik Izan |


Bahan Bahan
300g macaroni   
2 sudu olive oil
5 ulas bawang putih     - dipotong dadu
10 ekor udang             - dibuang kulit
1/2 sudu serbuk lada sulah
3  sudu mayonis
3 inc  lobak merah      - dicincang halus                    
3 inc  timun jepun       - dicincang halus
Daun sup                    - potong halus untuk hiasan
Garam secukup rasa


Cara masakan
1.      Rebus macaroni dan toskan.
2.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga garing dan masukkan udang.
3.      Masukkan lobak merah dan timun jepun, taburkan garam dan lada sulah.
4.      Masukkan macaroni, kacau kemudian masukkan mayonis dan sedikit air (jika terlalu kering)
5.      Kacau rata dan rasa. Kalau dah berpuashati matikan api.
6.      Taburkan daun sup dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Sebenarnya resepi di buat spontan tanpa refer mana-mana resepi. Just teringat seminggu 
dua lepas ada ofis mate bawa bekal yg di masak oleh sang isteri, makaroni kaler putih. So
semalam terhingat-hingat dan congak lebih kurang. So nilah hasilnya...   My Mayo Macaroni hi 
hi hi

Resepi Spicy Prawn Olio Spagethi | Kategori : Sajian Sampingan |
Olahan : Cik Izan


Ini dia resepi Spicy Prawn Olio versi Cik Izan. Almaklum Mr Hubby kuat makan pedas.. buat Italian menu pun kena pedas hu hu hu. Resepi yang sangat sempoi..!

Bahan Bahan
1/2 bungkus mee spagethi   
2 sudu olive oil
5 ulas bawang putih    - dipotong dadu
5 ulas cili padi             - dihiris                       
3 tangkai cili kering     - dihiris
5 biji cendawan butang - dihiris
10 ekor udang               - dibuang kulit
Garam secukup rasa

Cara masakan
1.      Rebus spagethi dengan sedikit titisan minyak untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain. Toskan dah bilas di bawah air sejuk. Ketepikan.
2.      Panaskan minyak zaitun /butter dengan api rendah, tumiskan bawang putih yang di dadu sehingga naik keperangan.
3.      Masukkan cili padi, cili kering, cendawan butang sehingga sedikit garing kemudian masukkan udang.
4.      Taburkan garam secukup rasa.
5.      Masukkan mee spagethi dan gaulkan sekata. Sedia untuk dihidangkan! Sangat mudah bukan!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!