Showing posts with label Sup dan Tomyam. Show all posts
Showing posts with label Sup dan Tomyam. Show all posts
| Resepi Sup Tulang | Kategori : Sup |
Sumber : Along (SIL)
Bahan bahan
2 Kg tulang lembu
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
2 Kg tulang lembu
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 sudu jintan manis - dikisar
1 sudu jintan putih - dikisar
1 sudu ketumbar - dikisar
2 inc halia - dikisar
1 bunjut sup tulang
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, etc)
1/2 kiub ayam
2-3 keping asam keping
Daun sup dan bawang goreng - bahan tabur
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Bersihkan dan rebuskan tulang lembu terlebih dahulu sehingga sedikit empuk (kira-kira 30 minit)
2. Kisar bawang besar, bawang putih, jintan, ketumbar dan halia. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk. Masukkan rempah sup bunjut dan bahan-bahan rempah tumis ke periuk. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
3. Renihkan selama 30 minit lagi. Rasakan rempah sudah sebati baru masukkan asam keping. Renihkan lagi seketika. Matikan api.
4. Taburkan daun sup & bawang goreng.
5. Sedia untuk di hidang bersama sambal kicap.
behind the scene :
Salam tahun baru semuaa...!!! uwaahh.. lama tak update blog ni. sorry sangat-sangat. InsyaAllah masuk tahun baru ni akan ada update sket-sket mana sempattt...
Semoga tahun 2011 lebih bermakna buat kita semua yekk!!
Resepi Sup Daging & Nasi Panas | Kategori : Sajian Istimewa
Rujukan : Arwah Ibu Mertua
Bahan Bahan
1/2 kg daging
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inc halia - dipecah
1 bujut rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Rempah tumis (Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc)
1 batang saleri
1 biji tomato
2 biji kentang – jika suka
Garam secukup rasa
Daun sup & bawang goreng - untuk hiasan
Cara masakan
1. Untuk dapatkan daging yang empuk, hiris nipis dan rebuskan dengan air terlebih dahulu dengan api kecil kira-kira 20-30 minit.
2. Setelah daging agak empuk baru masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan rempah tumis, sup bunjut, kentang dan halia.
3. Rebuskan sebentar dan masukkan garam secukupnya.
4. Apabila rasa sudah serasi, masukkan hirisan daun saleri dan tomato. Biarkan sebentar dan matikan api.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk di hidang! Lebih enak jika di hidangkan bersama sambal kicap! Ada ummppphhh!! He he he
Ha.. ni pula cara hidangan hari tu. Maklumlah hari selepas hujan, sejuk-sejuk.. teringat plak menu kat Ani Sup Utara. So hari tu Sup tu dihidang bersama nasi panas-panas, timun, sambal belacan & telur masin. Fuhhh... memang terangkat!! he he
Resepi Sup Ikan Merah | Kategori : Lauk Pauk
Bahan Bahan
1 ekor Ikan Merah
Rempah tumis
1 sup bunjut *lebih baik sup bunjut khas untuk sup ikan *
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia di tumbuk pecah
1 batang daun saleri
1 biji tomato
1 biji kentang di potong dadu (jika suka)
Daun sup, hirisan lada merah & bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara masakan
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah tumis & lada hitam
dengan minyak yang sedikit.
2. Setelah berwarna keperangan dan naik bau, masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ikan merah, halia dan kentang. Biarkan 5-10 minit.
4. Setelah ikan masak, masuk kan daun saleri,tomato dan garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sup, hirisan lada merah dan bawang goreng. Siap untuk di hidang!
Resepi Tomyam Seafood (Pok Tek) | Kategori : Sup dan Tomyam |
Bahan-Bahan
Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato
Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa
Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
TIPS:
Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Berani cuba?
Resepi Kupang Tomyam Berlada | Kategori : Lauk Pauk |
Cik Izan@Original recipes
Bahan-Bahan
200g kupang yang sudah dibuang kulit1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu cili kering yg sudah dikisar
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 cubit perasa ikan bilis
1 sudu sos tiram
1 sudu paste tomyam
1 sudu sos lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan lada merah
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar & halia
sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering yg sudah dikisar *selalunya sentiasa ada stok dlm peti*
4. Bila sudah kering sedikit dan naik minyak, masukkan sos tiram, sos lada hitam & paste tomyam bersama sedikit air
5. Masak sehingga mendidih, masukkan garam & gula serta perasa ikan bilis secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kupang & daun limau purut. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan!
Rasanyerr..? emmmmm boleh tahannnnn.. !! cubalah sendiri!!
Sumber asal : sweet@omoide







