Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan | Sajian Istimewa
Olahan Cik Izan


Salam.. sebelum saya mulakan tentang resepi masakan kali ini, ingin saya selitkan serba sedikit tentang 
Misi Diari Masakan yang di anjurkan oleh Mama Fiza, juga pemilik the little kittle. 
Misi Diari Masakan adalah modul baru dalam laman web beliau maka marilah bersama-sama menjayakan misi murni ini sebagai  warisan berharga kepada generasi kita yang akan datang!



Sejarah
Sejarah kisah kembara masakan saya bermula ketika saya melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit, Jepun sekitar tahun 1997. Di sebabkan sukar mendapat makanan HALAL di luar maka secara automatik saya mula TERpaksa mempelajari sendiri resepi-resepi masakan tradisi Malaysia. Biasanya saya akan tempah daging/ayam halal yang telah di sejuk beku dan akan memasaknya sendiri untuk santapan. Selalu yang menjadi mangsa ialah Bonda di kampung. Acapkali menelefon Bonda walaupun untuk resepi mudah! Almaklumlah waktu itu saya sendiri pun belum memiliki komputer dan akses internet. Maka pada bulan-bulan pertama boleh tahan melambung jugalah bil telefon saya! ha ha.
Ada juga beberapa menu masakan saya yang pernah menjadi kegemaran rakan-rakan Jepun terutamanya Kari Ayam dan Sambal Udang. Untuk rekod saya juga pernah keluar di kaca TV ketika menetap di International House (hostel) ketika di Tahun 1,  dalam segmen Masakan musim sejuk pelajar-pelajar luar negara siaran TV tempatan. Pada waktu itu resepi yang telah saya masak ialah Ketam masak lemak cili padi sebab masakan ni pedas maka kononnya boleh la 'panas'kan badan he he. Tapi malangnya saya sendiri tidak mempunyai rakaman siaran tersebut dan yang lebih kelakar lagi saya sendiri tidak mewar-warkan rancangan tersebut kepada rakan senegara gara-gara 'malu' maklum lah ketika itu saya sendiri pun baru setahun jagung dalam dunia masakan hu hu hu!

Buku cabaran 
Sebenarnya blog ini di bina atas inspirasi Bonda & keluarga tercinta (suami dan anak-anak). Kebanyakan resepi saya pelajari sendiri dari keluarga & insan-insan terdekat. Kadang-kala saya rujuk resepi-resepi di internet terutamanya myresipi & resepimesra.net. Akhir-akhir ini saya mula jadi pelawat setia Hana Memories kerana berasa kagum dengan entry update beliau sehingga 3 menu sehari! Dasat kan! Tak lupa juga Catlina yang sama-sama baru launch blog pasal makanan & masakan seangkatan dengan saya. Walaubagaimana pun saya juga memiliki koleksi himpunan resepi Sajian Selera yang di kepilkan bersama dalam Majalah Mingguan Wanita. Opsss! Masih tidak menjawab soalan.. buku cabaran saya buat masa ini ialah mendokumentasikan semua resepi yang sedang terBUKU di MINDA  (aci tak Mama Fiza ? hu hu) terlebih dahulu di samping mencuba resepi-resepi yang lain. InsyaAllah...



Sasaran

Sasaran utama saya ialah untuk memuatkan semua masakan tradisi keluarga saya tidak kira masakan Bonda sejak dari kecil atau pun masakan keluarga saya terlebih dahulu di dalam blog ini. Walaupun mungkin ada resepi yang kedengaran biasa tapi saya percaya, setiap keluarga punya ramuan, cara dan citarasa berbeza. Untuk itu saya ingin pastikan semua resepi keluarga saya di muatkan di blog ini untuk rujukan dan warisan kepada generasi saya yang akan datang termasuk juga sesiapa sahaja yang sudi menjadikan blog ini sebagai rujukan. Pada masa yang sama adakalanya saya suka mengolah resepi berdasarkan pengamatan kepada menu-menu yang pernah saya lihat atau rasai. Saya juga berhasrat untuk mencuba masakan baru sekurang-kurangnya satu resepi dalam seminggu ! InsyaAllah..

Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan 
Jadi berbalik semula kepada resepi yang ingin saya paparkan kali ini. Resepi ini olahan saya sendiri. Tercetusnya resepi Mee Rewah ini ialah dari perkataan Mee REbus + Mee kuAH. = Mee REWAH . Arwah Ibu mertua pernah menurunkan resepi Mee Kuah kepada saya. Suami pun expert masak Mee Kuah ini kerana resepi ini pernah menjadi salah satu menu  yang pernah di perniagakan di kedai makan ketika Suami, En Sham kecil-kecil dahulu. 
Satu petang hujung minggu teringin betul nak makan Mee kuah tapi nak pekat tak sepekat Mee Rebus. Maka setelah rujuk beberapa laman web resepi, maka lahirlah resepi ini gabungan dengan resepi Arwah Ibu Mertua, yang dengan gembiranya saya beri nama MEE REWAH. Resepi ini saya anggap ekslusif untuk keluarga saya ;)




 
Hasilnya.. rasa cam mee kuah tapi pekat tak macam mee rebuss. . macam mee kuah tapi macam me rebuss, memang bestt lahhh!! Masuk bakul angkat sendiri hahahahah


Bahan-Bahan
Mee Kuning              - Di basuh dan di celur
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram 
Udang/sotong/ketam
1 susu kecil Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
sayur sawi
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng


** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang 
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering


Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa 
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!

Sekian entry saya yang panjang lebar untuk kali ini... Amacam Mama Fiza, OK tak ni? Nervous pula.. ha ha ha

14 comments

  1. izahdaut Says:
  2. salam kak izan..salam pekenalan..interesting la resepi ni... kalau ganti kentang ngan keledek pun boleh kot...saya memang suka mee kuah kuah mcm ni..tak juga mee kuah tak juga mee rebus kan..waaahh

     
  3. Re Izah.. boleh sangat! Lagi sedap pakai keledek sebab manis. Kalau ada bahan kat rumah apa salahnya!

     
  4. Chik Mimi Says:
  5. salam ukhwah izan,sy pun penggemar mee kuah sedapnya tapi sekarang ni susah nak dapat yg mcm dolu tu yg kena buat sendirikan

     
  6. CatlinaFly Says:
  7. salam izan, ade org pesan ni

    from kak hana

    uisshh zan...mana penah sampai 5 menu sehari! rajen beno aku hah! menu 2 jerk pong laki aku dh bising! hahaha... bid`ah tuh! lenkali tgk tarikh2 menu yg akak posted tuh yer. kebiasaannyer akak cume limitkan 2 n3 satu ari..paling byk pong 3! g sana wat pembetulan!

     
  8. Re Cat ,

    Oh ye kerr.. ma kaseh ma kasehhh!! Ahaha... saje je nak puji K.Hana lelebeyy sket sebab kekadang baru jenguk resepi , jenguk lagi sekali mak aii.. dah 3-4-5 dah resepi baru muncul! he he. K.Hana ni memang humble laa.. tersalah puji pun kena tegur hu hu hu. Anyway sowi yek K.Hana.. akan di betulkan.. tapi bagi Izan kalau boleh update satu resepi sehari pun memang dah dasatt dahh.. ni kan pulak 2-3 resepi sehari... memang bertambahh KAGUMZZZZZ..!! Salute laaa....! subarashiiii desuuu!!!!!

     
  9. hana Says:
  10. hihihihi... aku tak leh owang puji lelebey zan! bahayaaa!! kekekekeee.... aduhaiii susyahnyer nak lepas comment kat blog ko nih! adehhhhhhh

     
  11. hana Says:
  12. ehhh!! berjayaaaaa... yihaaaa..... adeh zannn! aku dh byk kali nak lepas kat tol ko nih! arini br boleh! nih pong hubby yg tulun! ahaksss... tuh yg smlm mintak tulun catlina kopipes komen akak! sowi er! ishhhh xde la zann.. akak nih msk cam korang jugak! cume terlebey rajen mengupdate blog jer wpon kdg tuh sebenonyer menu dah lama! hahahahaa... aku lg kagum ngan ko sbb bekeje tp sempat msk best! respectt bebehhh!

     
  13. K.Hana...!!! Ahahahaha.... gembira saya K.Hana sudi letak komen kat blog yang tak seberapa nih... Rupenyer ada problem ngan comment box saya yekk..? Dah la hari ni blog ni 'black out'! adoiii.. tensen makcikk.. tapi takpe, hari ni sekelip mata terus tukar template baru! Kalau ada problemo lagi inform kiter yekkk! yoroshiku...!!!

     
  14. Re Chin Mimi, tu lah.. kadang bukan nak kata kiter ni bagus sangat masak, tapi kadang2 terkena gak nunggu lama-lama order kat kedai, bila balik masuk tekak je... kecewa... rasanya tak seperti yang di harapkan. Tu yg gagah gak nak masak sendiri..! nanti Izan upload gambor & resepi mee kuah saje yekk..

     
  15. RE K.Hana,
    Opsss.. lupa lak. K.Hana.. tak de apa nak di kagumkan... errr... sebenarnya.. sebenarnya saya ada assistant kat umah.. Bibik ku! Bahan-bahan nak masak semua dah siap bersiang.. saya tinggal masakk jee.. sbb tu la 'rajin' sket.. *pecah tembelang* ahahahaha!

     
  16. Kakasma Says:
  17. salam ukwah izan..masuk dari umah cyber mas nie..sebab nampak meewah..harus mesti dicuba tuh...sebab suka ngan mee mee nie..nnti dh buat akak tayang kat umah yer..maceh

     
  18. Salam ukhwah K.Asma.. maceh singgah sini.. .. Sila-sila cuba & peraga ! he he!

     
  19. mamafiza Says:
  20. Assalamualaikum wbt,

    Salam perkenalan teristimewa buat Cik Izan yang anggun >_<

    Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih diatas semangat gigih Cik Izan bagi melaksanakan Misi Diari Masakan untuk keluarga ini. Saya amat menghargainya secara peribadi *tangisan gembira, peluk!* :D

    Subhanallah, terharu saya membaca sejarah permulaan Cik ke dalam dunia masakan, amat mengkagumkan. Tahniah Cik Izan! ^-^ Saya tumpang bangga dengan kejayaan Cik.

    Terima kasih juga kerana sudi berkongsi resipi keluarga Cik, saya pasti akan mencubanya dikala waktu bercuti bersama keluarga. Insya-Allah.

    Semoga Cik Izan terus berkarya dan kekal riang ceria dirahmati-Nya. Salam sayang buat Cik dan anak-anak comel >O<


    Tulus Ikhlas,
    mamafiza >_<
    LittleKittle.com

     
  21. Re Mama Fiza,
    Terima kasih daun keladi sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini. Terima kasih juga untuk kata-kata semangat yang sungguh menikam kalbu... rasa macam nak terjun bangunan dah..! he he. InsyaAllah... mudah2an semangat untuk berkarya akan terus membara ditambah pula dengan kenalan mommy2 lain yang giat mencuba resepi...! Memang sentiasa mengujakan..!

    Salam Sayang juga untuk Mama Fiza dan super kids yang selalu ceria..! Ganbarimasu..!!

     

Post a Comment

Terima kasih singgah.. terima kasih terlebih lagi sudi komen.... ceria hari saya hari ni!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Loading...

Surely Best Promotion!