Showing posts with label Sajian Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sajian Sarapan. Show all posts


| Resepi Roti Jala | Kategori : Masakan Sampingan |

Sumber : Cik Izan


Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandung
3 cawan air
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit ~ hujung sudu

Cara-cara
1. Masukkan 3 cawan air kedalam pengisar@blender. Kisarkan sebentar.
2. Pecahkan telur, masukkan garam, gula & sedikit serbuk kunyit sekadar 
memberi warna. Kisarkan.
3. Cuba adunan dengan pengibar roti jala ke atas kuali. Jika menitik-nitik bermaksud
adunan pekat. Tambahkan sedikit air. Jika adunan kembang bermakna adunan cair.
Tambahkan sedikit tepung dan kisarkan semula.
4. Setelah berpuas hati dengan adunan, sapukan mintak ke atas kuali leper.
Kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Bila kelihatan sudah masak dan roti jala 
sedikit terangkat terus lipatkan dengan menjadi 1/4 menggunakan sudip dan angkat.
5. Hidangkan bersama kuah kari. Selamat mencuba..!

Behind the scene :



Ahaa.. cam biasa.. Sabtu Ahad je baru sempat mengasap dapur!
*Alasann.. padahal ofis bukan jauh pun!* uhuhuhu
Last week dok bersembang2 ngan memember pasal resepi roti jala.
Masa zaman2 belajar dulu kira aku antara tukang buat
bahan roti jala gak le.. kalau ada gakusai ~ Pesta pelajar 
kitaorang confirm akan bukak gerai jual makanan punya..!
Dan antara yang di jual termasuklah Roti jala + Kuah kari..! Nyumm!!
Memang agak hit jugak le menu ni sebab orang-orang Jepun
pandai makan kari..!

Okeh.. so Roti jala versi aku cam ni lah rupanya. Lipat je malas nak gulung hehehehehe.
 Kalau lipat dari atas kuali tu bleh terus lipat ngan sudip angkat 
masuk pinggan terus huhu

| Resipi Nasi Goreng Sakura | Kategori : Sajian Sarapan |
Sumber : Resepi ku suatu masa dahulu



Bahan-Bahan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji lada kering
secubit ikan bilis
serbuk kunyit
udang di buang kulit
sayur campur (Frozen lobak, jagung & kacang peas)
nasi sejuk
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, sedikit serbuk kunyit dan lada kering
2. Masuk ikan bilis dan kisar sebentar. Jangan terlalu hancur.
3. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang kisar tadi.
4. Apabila bawang sudah layu dan naik bau, masukkan 
sayur campur dan udang yang telah di buang kulit dan kacau rata 
bersama garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.
5. Masuk nasi kedalam kuali. Kacau sebati bersama bahan tumis.
6. Apabila bahan tumis dan nasi sebati, besarkan sedikit api, buat ruang di dalam
kuali dan pecahkan telur. Apabila telur sedikit masak, kacau kan rata nasi dan telur.
Rasakan garamnya sekali lagi.
7. Matikan api dan siap untuk di hidang...!!

Story behind the scene :

Eh kenapa Nasi Goreng Sakura..?
Tak kaler pink pun..?  Eehehehe

Alkisah, sebenarnya ni lah resepi nasi goreng yang selalu aku 
masak masa duduk kat bumi sakura dulu.
Resepi ni pun memula main campak-campak je..
Masa tu mana la glamer blog resepi bagai nak cari 
kat internet pun.. 
Bahan-bahannya sangat simple..
dan so far kalau aku masak memang boleh mantain rasanya
setiap kali masak InsyaAllah.. bila masak baru-baru ni 
teringat plak memoir bila menghadap hidangan ni kat sana ehehe!

 | Resipi Mee hoon Goreng Singapore | Kategori : Sajian Sarapan |
Sumber :Resepi.net


Bahan bahan A
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Mee hoon Separuh bungkus - di rendam
Udang di buang kulit
Ayam di potong dadu
Lobak merah mayang halus
Kucai/sawi
Taugeh
Garam secukup rasaDaun sup, lada merah & bawang goreng
Telur yang di goreng nipis secara berasingan.

Bahan bahan B (sambal kicap)
Cili padi ~ di potong halus
Kicap manis 
Limau nipis

Cara-cara
Bahan A ~ Sotong goreng tepung
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah 
dan lada hitam yang telah di tumbuk sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan udang dan ayam. Tabur garam dan kacau rata.
3. Masukkan air dan rasakan bahan secukup rasa.
4. Masukkan mee hoon gaulkan dengan kuah yang sudah mendidih tadi.
5. Apabila mee hoon sudah lembut dan air sudah kering masukkan kucai/daun sawi dan 
taugeh. Kacau rata.

Untuk Hiasan, taburkan :
1. Telur yang di goreng nipis tadi gi gulung dan di hiris agak halus.
2. Hirisan daun sup dan lada merah serta bawang goreng.
Siap untuk di hidang..!

B ~ Sambal Kicap 
1. Hiriskan cili padi dan tuangkan kicap (manis kipas udang)
2. Perahkan sedikit limau jika suka

behind the scene :
Selamat Hari Ibu semua..!
Ni breakfast sempena Hari Ibu. Mudah sangat nak buat.. hiris2, tumbuk & tumis..! 
Kurang berminyak sebab tumis bawang tumbuk berbanding tumis bawang & lada kisar.
Tak dan tengahari dah licin pun! uhuhuhu




Nasi Goreng USA | Kategori : Sajian Sampingan |



Bahan Nasi
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1 cawan mix vegetable
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi
1, Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan mix vegetable dan  gaul sebati.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah
300gm daging - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk pecah
1 biji bawang besar - dihiris untuk timua
1 biji bawang besar - di hiris bulat dan agak besar untuk goreng1 biji lada besar - potong panjang
.1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan lauk
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, lada besar dan bawang besar, gaul sebati. Akhir sekali masukkan tomato dan rasakan masim, manis dan masamnya.
4. Goreng bawang yang di potong bulat berasingan sehingga sedikit layu dan angkat.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun

Story behind the scene :
Baru balik outstation 3D2N. Moralnya dah 3 hari jugak le aku tak mengasap dapur. Hari ni cuti lepak kat umah dok pikir menu apa nak masak.... belek-belek blog K.Hana nampak entry Nasi Goreng USA nih! Terus dapat idea nak masak apa... he he he. Ma kaseh K.Hana sebab bagi ilham @ resepi. Walaupun hasil tak sama baik dari segi rupa dan gambar.. . Maklumle Izan snap pakai camera HP jek. Ada digi came sampai sudah tak jumpa charger kui kui kui. Layannnn....!!

Resepi My Mayo Macaroni | Sajian Sarapan |
Olahan : Cik Izan |


Bahan Bahan
300g macaroni   
2 sudu olive oil
5 ulas bawang putih     - dipotong dadu
10 ekor udang             - dibuang kulit
1/2 sudu serbuk lada sulah
3  sudu mayonis
3 inc  lobak merah      - dicincang halus                    
3 inc  timun jepun       - dicincang halus
Daun sup                    - potong halus untuk hiasan
Garam secukup rasa


Cara masakan
1.      Rebus macaroni dan toskan.
2.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga garing dan masukkan udang.
3.      Masukkan lobak merah dan timun jepun, taburkan garam dan lada sulah.
4.      Masukkan macaroni, kacau kemudian masukkan mayonis dan sedikit air (jika terlalu kering)
5.      Kacau rata dan rasa. Kalau dah berpuashati matikan api.
6.      Taburkan daun sup dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Sebenarnya resepi di buat spontan tanpa refer mana-mana resepi. Just teringat seminggu 
dua lepas ada ofis mate bawa bekal yg di masak oleh sang isteri, makaroni kaler putih. So
semalam terhingat-hingat dan congak lebih kurang. So nilah hasilnya...   My Mayo Macaroni hi 
hi hi

Roti Bakar Telur Kerbau | Kategori : Sajian Sarapan |


Bahan-Bahan
4 keping roti ( 1 set = 2 keping)
2 biji telur
2 sudu mayonis/majerin
Serbuk lada putih/hitam
Daun sup - di hiris utk hiasan

Cara-cara
1. Sapukan rata mayonis/majerin ke atas 2 keping roti dan susunkan diatas dulang bakar.
2. Buatkan lubang menggunakan cetak telur benjo tu keatas 2 keping roti lagi. Kalau tak ada guna cawan pun boleh macam saya. Tapi hati-hati jangan sampai roti koyak.
3. Letakkan roti yang berlubang di atas roti yang telah di sapu mayonis/majerin.
4. Pecahkan telur ke atas roti di bahagian tengah. Taburkan daun sup yang di hiris dan serbuk lada hitam/putih.
5. Bakar di dalam oven toaster selama 3 minit.
6. Siap untuk di hidang! Boleh tuangkan sedikit sos dan kicap. Bagi penggemar telur separuh masak memang pasti menyelerakan!

Sebenarnya.. semalam dapat foward E-mail dari kawan kat ofis. Pasal gambar roti bakar yang sangat simple nih. Tak silap dari buaya merah. Balik rumah kebetulan Abang beli roti..! Terus try buat ikut gambar tu..
TIPS : Sila abaikan 'kaler' roti yg gelap tuh .. hu hu. Itu di bakar 4 minit gara-gara takut telur tak cukup masak sbb baru keluar peti. 3 minit terbaik kot.. tapi seelok2nya telur tu di bilas dgn air dulu buang sejuk yek hu hu

Resepi Mee Goreng Mamak | Kategori : Sajian Sampingan


Bahan Bahan
1 bungkus mee kuning   (dibasuh dan toskan)
200 gram ayam               di potong dadu
2 biji bawang besar         dikisar
2 biji bawang putih         dikisar
6 tangkai lada kering      dikisar
1 sudu serbuk kari          dibancuh
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Segenggam taugeh        
1/2 ikat sawi                   di potong
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika perlu)

Cara-cara
1.      Tumiskan bawang besar, bawang putih & lada kering yang telah di kisar.
2.      Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
3.      Apabila sudah naik bau dan minyak, masukkan ayam (atau udang/daging etc) dan gaulkan sehingga masak.
4.      Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram. Taburkan garam / serbuk perasa (kiub ayam) secukup rasa.
5.      Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak. Apabila wap sudah mula keluar dari celah-celah mee, besarkan api, kaiskan mee ke tepi dan segera pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kocakkan. Apabila telur agak masak gaulkan telur dan mee serta masukkan sayur sawi dan tauge.
6.      Apabila sayur sawi sudah layu, matikan api.
7.      Taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedia untuk di hidang!

Resepi Lempeng Tradisi | Kategori : Hidangan sampingan |
Resepi Bonda @ Johor
 Lempeng Tradisi
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur

Sedikit Susu segar (jika suka)
Garam & gula secukup rasa

Bancuh ke semua bahan. Kalau nak cantik kisar adunan
guna blender. hu hu!
Sapu minyak atas kuali leper.. tuang 2 senduk utk satu keping
lempeng. Bila nampak masak terbalik kan dan biar seketika hingga cantik. Siap!



Selalunya saya akan prepare sambal ikan bilis, timun potong &
telur scrambler + thousand island dressing. Buat lempeng roll ! hu hu hu!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!