Showing posts with label Sajian Jepun. Show all posts
Showing posts with label Sajian Jepun. Show all posts
| Resepi Ten Zaru Soba | Kategori : Sajian Jepun |
| Resepi : Ambrynaa |
Bahan - Bahan :
Bahan A : Kuah
1000 ml air ( 4 cawan)
5 senduk kecil Soy Sauce (shoyu)
1 senduk kecil gula
4 inci Konbu (seaweed)
1 paket katsuo dashi
Bahan B : Aksesori
1 paket Mee Soba (3 ikat) ~ rebus dan toskan
Wasabi
Telur puyuh
Seasoned Seaweed (Nori kering) ~ di potong halus
Daun bawang ~ dihiris
Halia ~ disagat
Bahan C : Tempura
200g tepung tempura
150g air sejuk
Udang segar di buang kulit
Lobak merah/Terung/keledek merah ~ di hiris lebar
Kacang bendi
Cara-Cara :
Penyediaan kuah
1. Jerangkan 1000ml air (4 cawan) ke dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan, konbu, gula, soy sauce dan
katsuo dashi.
3. Masak sehingga mendidih dan matikan api.
4. Sejukkan kuah dan simpan di dalam peti sejuk.
Penyediaan Tempura :
1. Bersihkan dan siangkan udang segar.
Saya menggunakan udang harimau.
2. Adunkan tepung tempura bersama air sejuk.
3. Panaskan minyak, celupkan bahan tempura (udang/lobak merah/bendi etc)
ke dalam adunan tepung dan gorengkan satu demi satu.
4. Apabila kuning keemasan, angkat dan toskan.
Cadangan Hidangan :
1. Hidangkan soba bersama kuah yang telah di sejukkan,
1. Hidangkan soba bersama kuah yang telah di sejukkan,
tempura, wasabi dan telur puyuh.
2. Taburkan nori kering ke atas soba.
3. Taburkan daun bawang ke dalam kuah.
4. Jika suka, pecahkan telur puyuh ke dalam kuah dan
campurkan dengan sedikit wasabi & halia yang telah disagat.
5. Celupkan soba ke dalam kuah dan makan bersama tempura..
nyummmmmmmmmmmmm!!!
Sedap di makan terutamanya ketika cuaca panas ;)
TIPS untuk meluruskan udang.
1. Basuh dan bersihkan udang. Buang kepala.
2. Ambil lidi atau garfu, cucuk belakang udang yang melengkung
dan tarik keluar urat belakangnya.
3. Kupas kulit udang, kelarkan bahagian berkaki kepada
3-4 bahagian. Udang akan menjadi lurus seperti gambar di bawah.
Story Behind the Scene :
Ahaaa.. ni salah satu menu berbuka yang sempat aku masak bulan posa ni.
Resepi belajar dengan kawan ku, Ambrynaa@ Zalie.
Raya 2 tahun lepas dia buat menu ni.. 4 bowl aku makan licin!! ekkekkee
budak2 pun suka sangattt! Terima kasih Zalie kerana berkongsi resepi
kegemaran yang marvellous nih!!!
| Resepi Sushi Roll @ Makizushi | Kategori : Sajian Jepun |
RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
- 3 cawan beras jepun
- 31/4 cawan air
- 1/3 cawan cuka nasi
- 2 sudu besar gula
- 1 sk garam
- Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
- Timun jepun - potong jejari
- Salad lettuce
- Crabstick
- Mayonis
- Seaweed secukupnya
- Syouyu @ kicap jepun
- Bamboo mat
- Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
- Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
- Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
- Gulung dengan kemas kemudian potong.
- Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.
Behind the scene :
Salam semua.. lama tak berupdate uhuhuh. Anyway 2 minggu lepas baru balik dari Jepun
sempena program Jenesys under Japan Goverment di kelolakan oleh JICE. Dalam pada program tu
ada lah slot bermalam di rumah host family @ keluarga angkat Jepun. So balik dapat ole-ole dari Mak angkat beras Jepun yang di tanam tepi rumah.. uhuhuhu
Hari ni teringin nak buat Makizushi. Resepi kalau google pun rata2 blogger ambik resepi dari
K.Hana @ Hanamemories.. so termasuk la aku jugak. Ku kalau nak masak makanan Jepun memang terus google blog K.Hana laah.. paling confident nak follow ehehehhe
Anyway K.Hana, thanks for sharing. Izinkan ku copy paste resepi mu di sini yekk! Thank you!!
| Japanese Doria @ Gratin @ Guratan | Kategori : Sajian Sampingan|
Sumber : HandCook & Hana Memories
Nasi
2 cawan nasi putih
3 sudu butter
1 sudu tomato puree
1 biji bawang besar ~ di hiris
1/2 sudu lada hitam ~ di tumbuk
10 ekor udang
Brokoli
Brokoli
Garam & serbuk perasa
White Sauce
1 cawan susu segar
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu lada hitam ~ di tumbuk
1/4 cawan keju pilihan @ 1-2 slice keju yg di carik
Bahan Tabur
Mozarella Cheese parut
Cara-Cara
Nasi
1. Panaskan kuali tumiskan butter bersama hirisan bawang
2. Masukkan udang, garam, tomato puree, serbuk lada hitam
& serbuk perasa.
3. Gaul sebati dan matikan api.
White sauce
1. Panaskan periuk.Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.Gaul.
2. Masukkan susu dan juga air*air jika suka*. kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
3. Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat.
kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lg. matikan api.
Sediaan Bakar
1. Sapukan mangkuk tahan panas dengan butter. Masukkan nasi.
2. Tuangkan white sauce serata.
3. Hiaskan dengan udang (dari nasi) dan brokoli (atau apa2 saja yg di sukai).
4. Taburkan dengan Mozarella Cheese parut
5. Bakar di dalam oven toast selama 7-8 minit. Siap..!!
Story Behind the Scene:
TIBA-TIBA hari ni terasa terhinginnnnnnnnnn sangat makan DORIA..!!!
Oh tidakk..! Mana nak cari ni kalau tak sendiri yg buat..? uhuhuh
Maka terus la surf internet sambil tanya ngan kawan kat 'Muka Buku' ahahaaha.
1st time nak try buat nih...Balik beli2 bahan skett.. dan hasilnya... taraaaaaaaaa...!!
So nyummy..!!
ada refer web mat saleh + Japanese website.
Tapi White Sauce tu aku refer pada HanaMemories.. ahaa.. White Sauce K.Hana
paling confident aku nak tryy eheheheh. Thanks K.Hana..!
Nak makan ni kira suspen gakk.. rasa takut tak de geng ahahah.
Abang kuat pedass... cheese ni aramak kureng skett.. Si Danish
pun 2x5 ngan Papanya.. kuat pedas.. tak de sambal tak jalann..
Dania.. penggeli.. tengok rupa cheese cair confirm geleng kepala..
tak senonoh betul anak dara sorang nih. Yang di angguk gula2
& apa saje yg manis2 uhuhuhu.
Bila dah siap.. aku pun dengan senang hatinya mengadapp..
tetiba Danish pun datang dekat.. aku pun suaplah kat Danish..
tanpa di sangka-sangka Danish terus melekat kat pangku aku mintak
di suap lagii..!! Komennya :
"Lain kali mama masak lah sedap-sedap macam nih!"
Waaaa weeeeeeee..!! terus lebar senyum makcik..! Eheheheheheh
Licin...!! uhuhuhuhu