| Resepi Ten Zaru Soba | Kategori : Sajian Jepun |
| Resepi : Ambrynaa |


Bahan - Bahan :



Bahan A : Kuah
1000 ml air ( 4 cawan)
5 senduk kecil Soy Sauce (shoyu) 
1 senduk kecil gula
4 inci Konbu (seaweed)
1 paket katsuo dashi

Bahan B : Aksesori
1 paket Mee Soba (3 ikat) ~ rebus dan toskan
Wasabi 
Telur puyuh
Seasoned Seaweed (Nori kering) ~ di potong halus
Daun bawang ~ dihiris
Halia ~ disagat

Bahan C : Tempura
200g tepung tempura
150g air sejuk 
Udang segar di buang kulit
Lobak merah/Terung/keledek merah ~ di hiris lebar
Kacang bendi

Cara-Cara :
Penyediaan kuah
1. Jerangkan 1000ml air (4 cawan) ke dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan, konbu, gula, soy sauce dan 
katsuo dashi.
3. Masak sehingga mendidih dan matikan api.
4. Sejukkan kuah dan simpan di dalam peti sejuk.


Penyediaan Tempura :
1. Bersihkan dan siangkan udang segar.
Saya menggunakan udang harimau. 
2. Adunkan tepung tempura bersama air sejuk.
3. Panaskan minyak, celupkan bahan tempura (udang/lobak merah/bendi etc)
 ke dalam adunan tepung dan gorengkan satu demi satu. 
4. Apabila kuning keemasan, angkat dan toskan.


Cadangan Hidangan :
1. Hidangkan soba bersama kuah yang telah di sejukkan, 
tempura, wasabi dan telur puyuh.
2. Taburkan nori kering ke atas soba.
3. Taburkan daun bawang ke dalam kuah.
4. Jika suka, pecahkan telur puyuh ke dalam kuah dan 
campurkan dengan sedikit wasabi & halia yang telah disagat.
5. Celupkan soba ke dalam kuah dan makan bersama tempura..
nyummmmmmmmmmmmm!!!
Sedap di makan terutamanya ketika cuaca panas ;)

TIPS untuk meluruskan udang.
1. Basuh dan bersihkan udang. Buang kepala.
2. Ambil lidi atau garfu, cucuk belakang udang yang melengkung
dan tarik keluar urat belakangnya.
3. Kupas kulit udang, kelarkan bahagian berkaki kepada
3-4 bahagian. Udang akan menjadi lurus seperti gambar di bawah.


Story Behind the Scene :
Ahaaa.. ni salah satu menu berbuka yang sempat aku masak bulan posa ni.
Resepi belajar dengan kawan ku, Ambrynaa@ Zalie.
Raya 2 tahun lepas dia buat menu ni.. 4 bowl aku makan licin!! ekkekkee
budak2 pun suka sangattt! Terima kasih Zalie kerana berkongsi resepi 
kegemaran yang marvellous nih!!!


| Resepi Spicy Bolognese Spaghetii | Kategori : Sajian Barat |


Bahan-Bahan :

1/2 bungkus spagethi ~ rebus dan toskan
1 keping daging kisap Ramly
1 botol sos bolognese ~ Kimball/prego
5 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cendawan butang dalam tin ~ dihiris
1 sudu lada hitam ~ di kisar
3~5 sudu lada kering kisar (pedas mengikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan lada hitam kemudian lada kering yang sudah di kisar. Tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan tumiskan sehingga masak, diikuti dengan cendawan butang. 
4. Masukkan sos bolognese & garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 
5. Matikan api dan tuangkan sos di atas spagethi dan sedia untuk di hidang

Spagethi ni tak sah kalau makan tanpa Garlic Bread Stick kan. So aku 
sharekan jugak Resepi Garlic Bread Stick versi aku  yang sungguh simple uhuhuh

| Resepi Garlic Bread Stick | Kategori : Sajian Sampingan |


Bahan-Bahan :

3 keping roti putih sandwich ~ Ku guna Massimo
2 sudu butter ~ Buttercups
2 ulas bawang putih ~ didadu halus
Daun parsley ~ dihiris halus

Cara-Cara :
1. Gaulkan butter, bawang putih dan daun parsley.
2. Sapukan ke atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian.
3. Toastkan roti untuk 3 minit. Siapp !!

Sedap di makan bersama mushroom soup.
Ku pakai Mushroom Soup segera Cambell je hehehehe.
Roti pun pakai roti sandwich biasa.. lagi senang cari
dan tak keras.. crunchy leh adjust masa toast..
memang mabelesss!! uhuhuhu


Versi yang di masam buka posa baru2 ni..
Di hidang bersama Garlic Bread stick, Mushroom soup, Potato wedges & Onion ring.
Gigih masak balik kerja! ahahahahaa




Story Behind the scene :
Ahaaa... kat umah ni cuma Carbonara Spaghetti Carbonara je yang version tak pedas.
Selain dari tu memang kena adjust la kasi pedas baru la En Hubby mau makannn!
So inilah version spaghetti pedas ku! uhuhuhuhu


| Resepi Carbonara Spaghetti | Kategori : Sajian Barat |


Bahan-Bahan :
1/2 bungkus Spagethi ~ rebus & toskan
5 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1 tin sos Prego cheese
1 1/2 cawan susu segar
Udang segar ~ di buang kulit
5 biji cendawan butang ~ di hiris
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 
2. Masukkan 1 sudu lada hitam yang sudah di kisar, kacau sebentar
3. Masukkan hirisan cendawan butang dan udang yang telah dibuang kulit.
Gaul biar sebati sehingga udang masak (melengkung)
4. Masukkan sos prego, kacau sebentar
5. Masukkan susu segar di ikuti garam dan gaul sebati sehingga kuah mendidih.
Matikan api dan siap untuk di hidang!
NOTE : Boleh di sediakan dengan menuang kuah atas spagethi atau
di masak bersama spagethi di atas kuali.


Sedap di hidangkan bersama Garlic bread stick & Mushroom soup! 
Nyummmmmmm!!!



| Resepi Garlic Bread Stick | Kategori : Sajian Sampingan |


Bahan-Bahan :

3 keping roti putih sandwich ~ Ku guna Massimo
2 sudu butter ~ Buttercups
2 ulas bawang putih ~ didadu halus
Daun parsley ~ dihiris halus

Cara-Cara :
1. Gaulkan butter, bawang putih dan daun parsley.
2. Sapukan ke atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian.
3. Toastkan roti untuk 3 minit. Siapp !!

Sedap di makan bersama mushroom soup.
Ku pakai Mushroom Soup segera Cambell je hehehehe.
Roti pun pakai roti sandwich biasa.. lagi senang cari 
dan tak keras.. crunchy leh adjust masa toast..
memang mabelesss!! uhuhuhu



Story behind the scene :
Aduhaii.. bulan puasa ni tekak ku sungguh sukar menerima nasi. Biasa lepas buka puasa akan
cari makan yg berunsurkan mee dan berkuah uhuhuh. Pada hari kejadian Abang berbuka ngan customer..
so apa lagi Mama & Anak2 berbuka ngan carbonara la... sbb Abang kureng sket menu2 yang kurang pedas ni ekekkekeke. Kalau Abang ada nak wat mesti kena buat 2 versi, bolognese versi pedas & carbonara yg creamy gitewww..

| Resepi Patin Masak Tempoyak | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Saudara di Temerloh



Bahan-bahan
Ikan patin ~ 3 ekor, di hiris
Tempoyak ~ 3 senduk
Cili padi ~ 20 biji
Serbuk kunyit ~ 3 sudu
Serai ~2 batang (optional)
Daun kesum ~ 3 pucuk
Bunga kantan ~ sekuntun
Terung (optional)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan masakan dan jerang di atas api.
Apabila kuah mendidih, masukkan ikan patin dan masak sehingga sebati.

Behind The Scene :
Resepi ni belajar dari saudara yang duduk Temerloh
masa balik kampung minggu lepas.
First time belajar 'live' depan mata ni & resepi
di catit 'panas-panas'!

| Resepi Bubur Lambuk | Kategori : Sajian Ringan |
Sumber : Saudara di Temerloh




BAHAN A
6 cawan beras
Air x10 atau lebih
5 batang serai - di hiris halus
Daging di potong dadu

BAHAN B
3 biji bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
segenggam ikan bilis - di kisar
Lada hitam - di kisar 

BAHAN C
Daun kesum ~ 3 pucuk
Daun kunyit ~ 1 helai
Pucuk paku  merah ~ segenggam
Bunga Kantan ~ sekuntum, di hiris
Daun pucuk manis ~ segenggam
Lobak ~ potong dadu
1 biji kelapa ~ di ambil santan pekat
Gula & Garam secukup rasa

Cara-Cara :
1. Masakkan BAHAN A dan tanak sehingga beras lembut (kira-kira 1~2 jam)
2. Apabila bubur nasi kelihatan sudah kembang, masukkan BAHAN B yang telah di kisar.
3. Biarkan sehingga bubur mendidih, masukkan kesemua BAHAN C. Campurkan garam secukup rasa.
    Sedia untuk di hidang.

Sambal kering

Bahan-bahan
3 biji bawang besar ~ di hiris
2 genggam ikan bilis halus
2 genggam cili kering

Cara-cara:
Gorengkan kesemua bahan secara berasingan.
Gorengkan cili kering dengan pantas untuk mengelakkan
cili kering hangus dan berasa pahit.

Kisar kesemua bahan yang telah goreng. Masukkan semula
minyak bekas gorengan.. gula & garam. Kacau sehingga sebati.


My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!