Showing posts with label Sajian Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Sajian Istimewa. Show all posts
| Resepi Masak Lodeh @ Lontong | Kategori : Sajian Istimewa
Sumber : Bonda
Bahan-bahan Kuah Lodeh
Bawang merah besar - 2 labu
Bawang putih - 2 ulas
Lada Merah - 2 batang
Secubit ikan bilis
Santan
Serbuk kunyit
Kiub perasa
Garam
Jumlah mengikut suka :
Kacang panjang
Lobak merah
Sengkuang
Udang
So hoon
Fucuk
Bahan-bahan lain
Nasi impit segera - di rebus
Telur - di rebus
Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan lada merah yang telah
di hiris sehingga naik bau.
(kalau suka kisar boleh campurkan dengan sedikit udang kering)
2. Masukkan santan, serbuk kunyit utk pewarna, ikan bilis & garam.
3. Masukkan udang, hirisan lobak, sengkuang yang di potong memanjang.
4. Setelah sayuran sedikit lembut dan kuah santan mendidih,
masukkan kacang panjang, serbuk perasa, so hoon dan fucuk.
5. Sentiasa kacau kuah agar tidak pecah santang. Sesuaikan rasa
dan matikan api.
Sambal Tumis Ikan Bilis :
Bahan:
Bawang besar merah, bawang putih, ikan bilis,
gula, garam, lada kering (di kisar), asam keping,
sos tiram dan kiub ayam.
Cara-cara.
Tumiskan bawang besar merah, bawang putih sehingga naik bau dan garing.
Masukkan cili kering yang sudah di blender. Tumis sehingga garing.
Masukkan garam, gula, asam keping, sedikit sos tiram. Sebatikan rasa dan matikan api.
Goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan kedalam
sambal tumis yang telah agak sejuk tadi untuk mengelakkan
ikan bilis cepat lemau.
Sedap di hidang bersama Nasi Impit, Telur Rebus dan Sambal Tumis ikan bilis.
Selamat mencuba..!
Behind the scene :
First time sambut Raya Haji kat umah sendiri.. tak balik kampung pun tahun ni
dek perut yg dah masuk 8 bulann.. tak larat nak jalan jauh dah uhuhuhu.
Dulu masa time belajar di perantaun pun
menu ni lah yang kerap aku masak bila raya..
tu je yang paling senang eehehehhe.
| Resepi Nasi Ayam Madu | Kategori : Sajian Istimewa|
Sumber : Hana Memories
Sumber : Hana Memories
Bahan-Bahan
UNTUK NASI
- Beras
- Air rebusan ayam
- secukupnya rempah tumis adik beradik
- 1/2 biji bawang besar - dihiris
- 1-2 inci halia
- 1 sudu serbuk pati ayam knorr
- daun pandan
- garam
- Butter
- serbuk kunyit (hujung sudu sebagai pewarna)
- 1/2 ekor ayam
- 1/2 biji bwg besar - dhiris
- 2 ulas bwg putih
- secukupnya rempah tumis adik beradik
- 1-2 inci halia
- 1 sudu serbuk pati ayam knorr
- myk utk menumis
- garam
- daun sup
- bwg goreng
- ayam rebusan td
- 3 sudu besar kicap pekat manis
- 2 sudu besar madu
- 3-4 batang lada merah*
- 2 ulas bwg putih*
- 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos chili
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu besar gula
- Cara-cara
- Rebus ayam dan halia dahulu. angkat ayam dan ketepikan. air rebusan bhg 2. utk sup n nasi.
- UTK NASI - Tumiskan butter dalam kuali, tumis bwg,rempah tumis hingga naik bau. masukkan air rebusan ayam,halia, serbuk pati ayam,daun pandan,garam.kacau rata.then masukkan beras n masak seperti biasa.
- UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan air rebusan yg satu bhgn td. n masukkan serbuk pati ayam knorr n garam skit. matikan api. ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.
- UTK SOS - blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
- UTK AYAM MADU - ayam yg dh direbus td campurkan ngan kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng. ati2 kadang meletup2 sbb ayam nih agak berair. bleh juga dbakar menggunakan oven. alaskan plate ngan aluminium foil n masak smpai kehitaman sedikit ayam tuh.jgn smpai hangus sudah! :P
- SOS KICAP - lebihan perap ayam madu jgn buang. amik n masukkan sedikit sup ayam td. kacau. dah siap! masa nk mkn sos kicap nih n sos merah leh curah kat ayam tadi
Behind the scene :
Wahh... ni antara resepi nasi ayam yang paling sempoi pernah aku buat. sebelum ni pun pernah buat.. ada yang di suruhnya rebus ayam buh madu dalam air rebusan.. moralnya tak dapat nak guna balik air rebusan ayam tu sebab dah ada madu.. pelik plak rasanya. Tapi ayamnya bila di goreng bleh tahan jugak rasa & rupanya uhuhu
Anyway hari ni try buat Nasi Ayam Madu versi K.Hana. Waa.. memang suka la style K.Hana..
semua bahan yang di guna tak di buang dah boleh saling di rotate samaada untuk buat kuah kicap,
nasi, termasuk la sos..! Dah sos nya pun so far paling menjadi dan pekat lah aku buat..!
Terima kasih banyak2 K.Hana..!!!
Anyway aku serve sekali dengan Tauge Celur ala TCRS dan Kerabu Mangga depan rumah..!
Anyway aku serve sekali dengan Tauge Celur ala TCRS dan Kerabu Mangga depan rumah..!
Resepi Nasi Tomato | Kategori : Sajian Istimewa |
Sumber : SIL
Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100ml)
Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau. Tambah sedikit minyak masak jika perlu. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi. Tambahkan susu cair kira-kira 100ml serbuk perasa (kuib ayam), garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.
Lauk Iringan
1. Ayam masak merah
2. Kari Dal daging
3. Acar sayur
Kat sini aku tak explain la resepi lauk.
Kari Dal tu kurangkan sket santan biar dia pior kari & jgn pekat sangat.
Acar sayur - Hiriskan timun, nenas, bawang & lobak. Campurkan gula & garam dan sedikit cuka secukup rasa. Nak pedas? buh cili potong. Siap!
Sumber Asal : sweet@omoide
Resepi Sup Daging & Nasi Panas | Kategori : Sajian Istimewa
Rujukan : Arwah Ibu Mertua
Bahan Bahan
1/2 kg daging
2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inc halia - dipecah
1 bujut rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Rempah tumis (Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc)
1 batang saleri
1 biji tomato
2 biji kentang – jika suka
Garam secukup rasa
Daun sup & bawang goreng - untuk hiasan
Cara masakan
1. Untuk dapatkan daging yang empuk, hiris nipis dan rebuskan dengan air terlebih dahulu dengan api kecil kira-kira 20-30 minit.
2. Setelah daging agak empuk baru masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan rempah tumis, sup bunjut, kentang dan halia.
3. Rebuskan sebentar dan masukkan garam secukupnya.
4. Apabila rasa sudah serasi, masukkan hirisan daun saleri dan tomato. Biarkan sebentar dan matikan api.
5. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk di hidang! Lebih enak jika di hidangkan bersama sambal kicap! Ada ummppphhh!! He he he
Ha.. ni pula cara hidangan hari tu. Maklumlah hari selepas hujan, sejuk-sejuk.. teringat plak menu kat Ani Sup Utara. So hari tu Sup tu dihidang bersama nasi panas-panas, timun, sambal belacan & telur masin. Fuhhh... memang terangkat!! he he
Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan | Sajian Istimewa
Olahan Cik Izan
Salam.. sebelum saya mulakan tentang resepi masakan kali ini, ingin saya selitkan serba sedikit tentang
Misi Diari Masakan yang di anjurkan oleh Mama Fiza, juga pemilik the little kittle.
Misi Diari Masakan adalah modul baru dalam laman web beliau maka marilah bersama-sama menjayakan misi murni ini sebagai warisan berharga kepada generasi kita yang akan datang!
Misi Diari Masakan adalah modul baru dalam laman web beliau maka marilah bersama-sama menjayakan misi murni ini sebagai warisan berharga kepada generasi kita yang akan datang!
Sejarah
Sejarah kisah kembara masakan saya bermula ketika saya melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit, Jepun sekitar tahun 1997. Di sebabkan sukar mendapat makanan HALAL di luar maka secara automatik saya mula TERpaksa mempelajari sendiri resepi-resepi masakan tradisi Malaysia. Biasanya saya akan tempah daging/ayam halal yang telah di sejuk beku dan akan memasaknya sendiri untuk santapan. Selalu yang menjadi mangsa ialah Bonda di kampung. Acapkali menelefon Bonda walaupun untuk resepi mudah! Almaklumlah waktu itu saya sendiri pun belum memiliki komputer dan akses internet. Maka pada bulan-bulan pertama boleh tahan melambung jugalah bil telefon saya! ha ha.
Ada juga beberapa menu masakan saya yang pernah menjadi kegemaran rakan-rakan Jepun terutamanya Kari Ayam dan Sambal Udang. Untuk rekod saya juga pernah keluar di kaca TV ketika menetap di International House (hostel) ketika di Tahun 1, dalam segmen Masakan musim sejuk pelajar-pelajar luar negara siaran TV tempatan. Pada waktu itu resepi yang telah saya masak ialah Ketam masak lemak cili padi sebab masakan ni pedas maka kononnya boleh la 'panas'kan badan he he. Tapi malangnya saya sendiri tidak mempunyai rakaman siaran tersebut dan yang lebih kelakar lagi saya sendiri tidak mewar-warkan rancangan tersebut kepada rakan senegara gara-gara 'malu' maklum lah ketika itu saya sendiri pun baru setahun jagung dalam dunia masakan hu hu hu!
Buku cabaran
Sebenarnya blog ini di bina atas inspirasi Bonda & keluarga tercinta (suami dan anak-anak). Kebanyakan resepi saya pelajari sendiri dari keluarga & insan-insan terdekat. Kadang-kala saya rujuk resepi-resepi di internet terutamanya myresipi & resepimesra.net. Akhir-akhir ini saya mula jadi pelawat setia Hana Memories kerana berasa kagum dengan entry update beliau sehingga 3 menu sehari! Dasat kan! Tak lupa juga Catlina yang sama-sama baru launch blog pasal makanan & masakan seangkatan dengan saya. Walaubagaimana pun saya juga memiliki koleksi himpunan resepi Sajian Selera yang di kepilkan bersama dalam Majalah Mingguan Wanita. Opsss! Masih tidak menjawab soalan.. buku cabaran saya buat masa ini ialah mendokumentasikan semua resepi yang sedang terBUKU di MINDA (aci tak Mama Fiza ? hu hu) terlebih dahulu di samping mencuba resepi-resepi yang lain. InsyaAllah...
Sasaran
Sasaran utama saya ialah untuk memuatkan semua masakan tradisi keluarga saya tidak kira masakan Bonda sejak dari kecil atau pun masakan keluarga saya terlebih dahulu di dalam blog ini. Walaupun mungkin ada resepi yang kedengaran biasa tapi saya percaya, setiap keluarga punya ramuan, cara dan citarasa berbeza. Untuk itu saya ingin pastikan semua resepi keluarga saya di muatkan di blog ini untuk rujukan dan warisan kepada generasi saya yang akan datang termasuk juga sesiapa sahaja yang sudi menjadikan blog ini sebagai rujukan. Pada masa yang sama adakalanya saya suka mengolah resepi berdasarkan pengamatan kepada menu-menu yang pernah saya lihat atau rasai. Saya juga berhasrat untuk mencuba masakan baru sekurang-kurangnya satu resepi dalam seminggu ! InsyaAllah..
Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan
Jadi berbalik semula kepada resepi yang ingin saya paparkan kali ini. Resepi ini olahan saya sendiri. Tercetusnya resepi Mee Rewah ini ialah dari perkataan Mee REbus + Mee kuAH. = Mee REWAH . Arwah Ibu mertua pernah menurunkan resepi Mee Kuah kepada saya. Suami pun expert masak Mee Kuah ini kerana resepi ini pernah menjadi salah satu menu yang pernah di perniagakan di kedai makan ketika Suami, En Sham kecil-kecil dahulu.
Satu petang hujung minggu teringin betul nak makan Mee kuah tapi nak pekat tak sepekat Mee Rebus. Maka setelah rujuk beberapa laman web resepi, maka lahirlah resepi ini gabungan dengan resepi Arwah Ibu Mertua, yang dengan gembiranya saya beri nama MEE REWAH. Resepi ini saya anggap ekslusif untuk keluarga saya ;)
Hasilnya.. rasa cam mee kuah tapi pekat tak macam mee rebuss. . macam mee kuah tapi macam me rebuss, memang bestt lahhh!!
Bahan-Bahan
Mee Kuning - Di basuh dan di celur
2 ulas Bawang besar - dikisar
Mee Kuning - Di basuh dan di celur
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram
Udang/sotong/ketam
1 susu kecil Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
sayur sawi
sayur sawi
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng
bawang goreng
** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering
Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!
Sekian entry saya yang panjang lebar untuk kali ini... Amacam Mama Fiza, OK tak ni? Nervous pula.. ha ha ha
Resepi Rendang Daging | Kategori : Sajian Istimewa |
1/2 kilo daging - Dihiris dan direbus selama setengah jam
Bahan Kisar :
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Lada kering 10 biji (2 sudu yg dah kisar)
Serai 3 batang
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Bahan2 lain :
Rempah kurma 1 paket
Santan pekat 1/2 biji
Air asam jawa
Gula/ gula merah
Garam & kerisik
Daun kunyit ( dimayang)
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga wangi. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya sedikit. Bila daging sudah sebati dengan rempah masukkan pula santan. Setelah lembut masukkan pula air asam jawa, gula & garam secukup rasa. Bila siap masukkan kerisik dan gaul hingga sebati. Taburkan daun kunyit yang telah dimayang, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!
Sumber asal :sweetomoide.blogspot
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Lada kering 10 biji (2 sudu yg dah kisar)
Serai 3 batang
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Bahan2 lain :
Rempah kurma 1 paket
Santan pekat 1/2 biji
Air asam jawa
Gula/ gula merah
Garam & kerisik
Daun kunyit ( dimayang)
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga wangi. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya sedikit. Bila daging sudah sebati dengan rempah masukkan pula santan. Setelah lembut masukkan pula air asam jawa, gula & garam secukup rasa. Bila siap masukkan kerisik dan gaul hingga sebati. Taburkan daun kunyit yang telah dimayang, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!
Sumber asal :sweetomoide.blogspot












