| Resepi Sambal Pari Bakar | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Ibu ku


Bahan-Bahan :

2 ekor ikan pari sederhana besar
5-8  sudu Cili kisar
1 biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar 
2 batang serai - di kisar
Limau kasturi
Garam & gula
Lada besar & daun sup untuk hiasan

Cara-Cara:
1. Bersihkan ikan pari dan bakar sehingga masak dengan di lapikkan 
daun pisang.
2. Tumiskan kesemua bahan kisar di dalam periuk berasinga
sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan garam & gula secukup rasa, gaul sebati dan matikan api.
4. Tuangkan ke atas ikan pari yang sudah di bakar. Perahkan dengan 
limau kasturi dan taburkan bahan hiasan.. perghh pasti mengancamm!


Story behind the scene:
Resepi ni Mak masak masa raya baru ni.
Ada saudara datang beraya jauh nu dari Batu Pahat so emak buat menu special ni.
Rupanya tak la susah sangat nak buat sambal pari bakar ni.. 
dan rasanya walla!!! WAJIB cuba nih!!!
harus cuba!!!

| Resepi Ten Zaru Soba | Kategori : Sajian Jepun |
| Resepi : Ambrynaa |


Bahan - Bahan :



Bahan A : Kuah
1000 ml air ( 4 cawan)
5 senduk kecil Soy Sauce (shoyu) 
1 senduk kecil gula
4 inci Konbu (seaweed)
1 paket katsuo dashi

Bahan B : Aksesori
1 paket Mee Soba (3 ikat) ~ rebus dan toskan
Wasabi 
Telur puyuh
Seasoned Seaweed (Nori kering) ~ di potong halus
Daun bawang ~ dihiris
Halia ~ disagat

Bahan C : Tempura
200g tepung tempura
150g air sejuk 
Udang segar di buang kulit
Lobak merah/Terung/keledek merah ~ di hiris lebar
Kacang bendi

Cara-Cara :
Penyediaan kuah
1. Jerangkan 1000ml air (4 cawan) ke dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan, konbu, gula, soy sauce dan 
katsuo dashi.
3. Masak sehingga mendidih dan matikan api.
4. Sejukkan kuah dan simpan di dalam peti sejuk.


Penyediaan Tempura :
1. Bersihkan dan siangkan udang segar.
Saya menggunakan udang harimau. 
2. Adunkan tepung tempura bersama air sejuk.
3. Panaskan minyak, celupkan bahan tempura (udang/lobak merah/bendi etc)
 ke dalam adunan tepung dan gorengkan satu demi satu. 
4. Apabila kuning keemasan, angkat dan toskan.


Cadangan Hidangan :
1. Hidangkan soba bersama kuah yang telah di sejukkan, 
tempura, wasabi dan telur puyuh.
2. Taburkan nori kering ke atas soba.
3. Taburkan daun bawang ke dalam kuah.
4. Jika suka, pecahkan telur puyuh ke dalam kuah dan 
campurkan dengan sedikit wasabi & halia yang telah disagat.
5. Celupkan soba ke dalam kuah dan makan bersama tempura..
nyummmmmmmmmmmmm!!!
Sedap di makan terutamanya ketika cuaca panas ;)

TIPS untuk meluruskan udang.
1. Basuh dan bersihkan udang. Buang kepala.
2. Ambil lidi atau garfu, cucuk belakang udang yang melengkung
dan tarik keluar urat belakangnya.
3. Kupas kulit udang, kelarkan bahagian berkaki kepada
3-4 bahagian. Udang akan menjadi lurus seperti gambar di bawah.


Story Behind the Scene :
Ahaaa.. ni salah satu menu berbuka yang sempat aku masak bulan posa ni.
Resepi belajar dengan kawan ku, Ambrynaa@ Zalie.
Raya 2 tahun lepas dia buat menu ni.. 4 bowl aku makan licin!! ekkekkee
budak2 pun suka sangattt! Terima kasih Zalie kerana berkongsi resepi 
kegemaran yang marvellous nih!!!


| Resepi Spicy Bolognese Spaghetii | Kategori : Sajian Barat |


Bahan-Bahan :

1/2 bungkus spagethi ~ rebus dan toskan
1 keping daging kisap Ramly
1 botol sos bolognese ~ Kimball/prego
5 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cendawan butang dalam tin ~ dihiris
1 sudu lada hitam ~ di kisar
3~5 sudu lada kering kisar (pedas mengikut kesukaan masing2)
Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan lada hitam kemudian lada kering yang sudah di kisar. Tumis sehingga naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan tumiskan sehingga masak, diikuti dengan cendawan butang. 
4. Masukkan sos bolognese & garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati. 
5. Matikan api dan tuangkan sos di atas spagethi dan sedia untuk di hidang

Spagethi ni tak sah kalau makan tanpa Garlic Bread Stick kan. So aku 
sharekan jugak Resepi Garlic Bread Stick versi aku  yang sungguh simple uhuhuh

| Resepi Garlic Bread Stick | Kategori : Sajian Sampingan |


Bahan-Bahan :

3 keping roti putih sandwich ~ Ku guna Massimo
2 sudu butter ~ Buttercups
2 ulas bawang putih ~ didadu halus
Daun parsley ~ dihiris halus

Cara-Cara :
1. Gaulkan butter, bawang putih dan daun parsley.
2. Sapukan ke atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian.
3. Toastkan roti untuk 3 minit. Siapp !!

Sedap di makan bersama mushroom soup.
Ku pakai Mushroom Soup segera Cambell je hehehehe.
Roti pun pakai roti sandwich biasa.. lagi senang cari
dan tak keras.. crunchy leh adjust masa toast..
memang mabelesss!! uhuhuhu


Versi yang di masam buka posa baru2 ni..
Di hidang bersama Garlic Bread stick, Mushroom soup, Potato wedges & Onion ring.
Gigih masak balik kerja! ahahahahaa




Story Behind the scene :
Ahaaa... kat umah ni cuma Carbonara Spaghetti Carbonara je yang version tak pedas.
Selain dari tu memang kena adjust la kasi pedas baru la En Hubby mau makannn!
So inilah version spaghetti pedas ku! uhuhuhuhu


| Resepi Carbonara Spaghetti | Kategori : Sajian Barat |


Bahan-Bahan :
1/2 bungkus Spagethi ~ rebus & toskan
5 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
1 tin sos Prego cheese
1 1/2 cawan susu segar
Udang segar ~ di buang kulit
5 biji cendawan butang ~ di hiris
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 
2. Masukkan 1 sudu lada hitam yang sudah di kisar, kacau sebentar
3. Masukkan hirisan cendawan butang dan udang yang telah dibuang kulit.
Gaul biar sebati sehingga udang masak (melengkung)
4. Masukkan sos prego, kacau sebentar
5. Masukkan susu segar di ikuti garam dan gaul sebati sehingga kuah mendidih.
Matikan api dan siap untuk di hidang!
NOTE : Boleh di sediakan dengan menuang kuah atas spagethi atau
di masak bersama spagethi di atas kuali.


Sedap di hidangkan bersama Garlic bread stick & Mushroom soup! 
Nyummmmmmm!!!



| Resepi Garlic Bread Stick | Kategori : Sajian Sampingan |


Bahan-Bahan :

3 keping roti putih sandwich ~ Ku guna Massimo
2 sudu butter ~ Buttercups
2 ulas bawang putih ~ didadu halus
Daun parsley ~ dihiris halus

Cara-Cara :
1. Gaulkan butter, bawang putih dan daun parsley.
2. Sapukan ke atas roti. Potong roti kepada 3 bahagian.
3. Toastkan roti untuk 3 minit. Siapp !!

Sedap di makan bersama mushroom soup.
Ku pakai Mushroom Soup segera Cambell je hehehehe.
Roti pun pakai roti sandwich biasa.. lagi senang cari 
dan tak keras.. crunchy leh adjust masa toast..
memang mabelesss!! uhuhuhu



Story behind the scene :
Aduhaii.. bulan puasa ni tekak ku sungguh sukar menerima nasi. Biasa lepas buka puasa akan
cari makan yg berunsurkan mee dan berkuah uhuhuh. Pada hari kejadian Abang berbuka ngan customer..
so apa lagi Mama & Anak2 berbuka ngan carbonara la... sbb Abang kureng sket menu2 yang kurang pedas ni ekekkekeke. Kalau Abang ada nak wat mesti kena buat 2 versi, bolognese versi pedas & carbonara yg creamy gitewww..

| Resepi Patin Masak Tempoyak | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Saudara di Temerloh



Bahan-bahan
Ikan patin ~ 3 ekor, di hiris
Tempoyak ~ 3 senduk
Cili padi ~ 20 biji
Serbuk kunyit ~ 3 sudu
Serai ~2 batang (optional)
Daun kesum ~ 3 pucuk
Bunga kantan ~ sekuntun
Terung (optional)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan masakan dan jerang di atas api.
Apabila kuah mendidih, masukkan ikan patin dan masak sehingga sebati.

Behind The Scene :
Resepi ni belajar dari saudara yang duduk Temerloh
masa balik kampung minggu lepas.
First time belajar 'live' depan mata ni & resepi
di catit 'panas-panas'!

| Resepi Bubur Lambuk | Kategori : Sajian Ringan |
Sumber : Saudara di Temerloh




BAHAN A
6 cawan beras
Air x10 atau lebih
5 batang serai - di hiris halus
Daging di potong dadu

BAHAN B
3 biji bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
segenggam ikan bilis - di kisar
Lada hitam - di kisar 

BAHAN C
Daun kesum ~ 3 pucuk
Daun kunyit ~ 1 helai
Pucuk paku  merah ~ segenggam
Bunga Kantan ~ sekuntum, di hiris
Daun pucuk manis ~ segenggam
Lobak ~ potong dadu
1 biji kelapa ~ di ambil santan pekat
Gula & Garam secukup rasa

Cara-Cara :
1. Masakkan BAHAN A dan tanak sehingga beras lembut (kira-kira 1~2 jam)
2. Apabila bubur nasi kelihatan sudah kembang, masukkan BAHAN B yang telah di kisar.
3. Biarkan sehingga bubur mendidih, masukkan kesemua BAHAN C. Campurkan garam secukup rasa.
    Sedia untuk di hidang.

Sambal kering

Bahan-bahan
3 biji bawang besar ~ di hiris
2 genggam ikan bilis halus
2 genggam cili kering

Cara-cara:
Gorengkan kesemua bahan secara berasingan.
Gorengkan cili kering dengan pantas untuk mengelakkan
cili kering hangus dan berasa pahit.

Kisar kesemua bahan yang telah goreng. Masukkan semula
minyak bekas gorengan.. gula & garam. Kacau sehingga sebati.


| Resepi Apam Soda | Kategori : Kuih Muih |
Sumber : Kakak Ipar



Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 sudu besar ovelette
1 cawan aiskrim soda (bikarbonat)
1 sudu kecil essence rose
3 biji telur
3 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
2. Masukkan essence rose & overlette. Pukul lagi.
3. Masukkan aiskrim soda dan rasa.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di pukul rata.
5. Asingkan sedikit untuk warna mengikut kreativiti.
6. Masukkan bahan base ke dalam paper cup. Hiaskan dengan bahan berwarna.
7. Kukus sehingga 7-8 minit. Kukusan mesti cukup panas untuk memastikan apam
soda kembang dan pecah dengan cantik.
8. Siap untuk di hidang..!!!

Behind the scene;

Berkunjun ke rumah Kakak Iparku hari ni. Dengan rajin dan pantasnya sempat pulak 
di adun bahan apam soda ni.. budak2 termasuk Dania laju je pulak pulun!
Letak habis letak habis..!! haruslah Mamanya ambik resepi kennnn!!!
Okehh.. selamat mencuba!!!



| Resepi Sushi Roll @ Makizushi | Kategori : Sajian Jepun |



RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
Sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat
Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.





Behind the scene :

Salam semua.. lama tak berupdate uhuhuh. Anyway 2 minggu lepas baru balik dari Jepun
sempena program Jenesys under Japan Goverment di kelolakan oleh JICE. Dalam pada program tu 
ada lah slot bermalam di rumah host family @ keluarga angkat Jepun. So balik dapat ole-ole dari Mak angkat beras Jepun yang di tanam tepi rumah.. uhuhuhu

Hari ni teringin nak buat Makizushi. Resepi kalau google pun rata2 blogger ambik resepi dari 
K.Hana @ Hanamemories.. so termasuk la aku jugak. Ku kalau nak masak makanan Jepun memang terus google blog K.Hana laah.. paling confident nak follow ehehehhe

Anyway K.Hana, thanks for sharing. Izinkan ku copy paste resepi mu di sini yekk! Thank you!!

| Resepi Selar Kuning Asam Rebus | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Story Behind the Scene
Bersawang dah blog aku ni.. isk isk iskk.
Ahaa.. hari ni last day sebelum habis pantang uhuhuhu.
Saje update menu2 akhir sebelum habis pantang.
Masak rebus2 .. eheheh. Selalunya masak singgang jek
hari ni terajin buat asam rebus plak ehehehehhe.


| Resepi Masak Lodeh @ Lontong | Kategori : Sajian Istimewa
Sumber : Bonda


Bahan-bahan Kuah Lodeh

Bawang merah besar - 2 labu 
Bawang putih - 2 ulas
Lada Merah - 2 batang
Secubit ikan bilis
Santan
Serbuk kunyit
Kiub perasa
Garam
Jumlah mengikut suka :
Kacang panjang
Lobak merah
Sengkuang
Udang
So hoon
Fucuk

Bahan-bahan lain
Nasi impit segera - di rebus
Telur - di rebus

Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan lada merah yang telah 
di hiris sehingga naik bau.
(kalau suka kisar boleh campurkan dengan sedikit udang kering)
2. Masukkan santan, serbuk kunyit utk pewarna, ikan bilis  & garam.
3. Masukkan udang, hirisan lobak, sengkuang yang di potong memanjang.
4. Setelah sayuran sedikit lembut dan kuah santan mendidih, 
masukkan kacang panjang, serbuk perasa, so hoon dan fucuk.
5. Sentiasa kacau kuah agar tidak pecah santang. Sesuaikan rasa
dan matikan api.

Sambal Tumis Ikan Bilis :
Bahan:
Bawang besar merah, bawang putih, ikan bilis,
gula, garam, lada kering (di kisar), asam keping,
sos tiram dan kiub ayam.

Cara-cara.
Tumiskan bawang besar merah, bawang putih sehingga naik bau dan garing.
Masukkan cili kering yang sudah di blender. Tumis sehingga garing.
Masukkan garam, gula, asam keping, sedikit sos tiram. Sebatikan rasa dan matikan api.
Goreng ikan bilis sehingga garing. Masukkan kedalam 
sambal tumis yang telah agak sejuk tadi untuk mengelakkan 
ikan bilis cepat lemau.

Sedap di hidang bersama Nasi Impit, Telur Rebus dan Sambal Tumis ikan bilis.
Selamat mencuba..!

Behind the scene :
First time sambut Raya Haji kat umah sendiri.. tak balik kampung pun tahun ni
dek perut yg dah masuk 8 bulann.. tak larat nak jalan jauh dah uhuhuhu.
Dulu masa time belajar di perantaun pun 
menu ni lah yang kerap aku masak bila raya..
tu je yang paling senang eehehehhe.



| Japanese Doria @ Gratin @ Guratan | Kategori : Sajian Sampingan|

Sumber : HandCook & Hana Memories





Bahan-Bahan

Nasi
2 cawan nasi putih
3 sudu butter
1 sudu tomato puree
1 biji bawang besar ~ di hiris
1/2 sudu lada hitam ~ di tumbuk
10 ekor udang
Brokoli
Garam & serbuk perasa

White Sauce
1 cawan susu segar
2 sudu butter
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu lada hitam ~ di tumbuk
1/4 cawan keju pilihan @ 1-2 slice keju yg di carik

Bahan Tabur
Mozarella Cheese parut

Cara-Cara
Nasi
1. Panaskan kuali tumiskan butter bersama hirisan bawang
2. Masukkan udang, garam, tomato puree, serbuk lada hitam
& serbuk perasa.
3. Gaul sebati dan matikan api.

White sauce
1. Panaskan periuk.Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.Gaul.
2. Masukkan susu dan juga air*air jika suka*. kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
3. Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat. 
kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lg. matikan api.






Sediaan Bakar
1. Sapukan mangkuk tahan panas dengan butter. Masukkan nasi.
2. Tuangkan white sauce serata. 
3. Hiaskan dengan udang (dari nasi) dan brokoli (atau apa2 saja yg di sukai).
4. Taburkan dengan Mozarella Cheese parut 
5. Bakar di dalam oven toast selama 7-8 minit. Siap..!!


Story Behind the Scene:

TIBA-TIBA hari ni terasa terhinginnnnnnnnnn sangat makan DORIA..!!!
Oh tidakk..! Mana nak cari ni kalau tak sendiri yg buat..? uhuhuh
Maka terus la surf internet sambil tanya ngan kawan kat 'Muka Buku' ahahaaha.
1st time nak try buat nih...Balik beli2 bahan skett.. dan hasilnya... taraaaaaaaaa...!!
So nyummy..!!


Cara buat nasi tu aku refer kat beberapa website.. tak hingat dah yg mana satuu..
ada refer web mat saleh + Japanese website.
Tapi White Sauce tu aku refer pada HanaMemories.. ahaa.. White Sauce K.Hana
paling confident aku nak tryy eheheheh. Thanks K.Hana..!
Nak makan ni kira suspen gakk.. rasa takut tak de geng ahahah.
Abang kuat pedass... cheese ni aramak kureng skett.. Si Danish
pun 2x5 ngan Papanya.. kuat pedas.. tak de sambal tak jalann..
Dania.. penggeli.. tengok rupa cheese cair confirm geleng kepala..
tak senonoh betul anak dara sorang nih. Yang di angguk gula2
& apa saje yg manis2 uhuhuhu.
Bila dah siap.. aku pun dengan senang hatinya mengadapp..
tetiba Danish pun datang dekat.. aku pun suaplah kat Danish..
tanpa di sangka-sangka Danish terus melekat kat pangku aku mintak 
di suap lagii..!! Komennya :

"Lain kali mama masak lah sedap-sedap macam nih!"
Waaaa weeeeeeee..!! terus lebar senyum makcik..! Eheheheheheh


Licin...!! uhuhuhuhu


| Resepi Roti Jala | Kategori : Masakan Sampingan |

Sumber : Cik Izan


Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandung
3 cawan air
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit ~ hujung sudu

Cara-cara
1. Masukkan 3 cawan air kedalam pengisar@blender. Kisarkan sebentar.
2. Pecahkan telur, masukkan garam, gula & sedikit serbuk kunyit sekadar 
memberi warna. Kisarkan.
3. Cuba adunan dengan pengibar roti jala ke atas kuali. Jika menitik-nitik bermaksud
adunan pekat. Tambahkan sedikit air. Jika adunan kembang bermakna adunan cair.
Tambahkan sedikit tepung dan kisarkan semula.
4. Setelah berpuas hati dengan adunan, sapukan mintak ke atas kuali leper.
Kirai adunan menggunakan acuan roti jala. Bila kelihatan sudah masak dan roti jala 
sedikit terangkat terus lipatkan dengan menjadi 1/4 menggunakan sudip dan angkat.
5. Hidangkan bersama kuah kari. Selamat mencuba..!

Behind the scene :



Ahaa.. cam biasa.. Sabtu Ahad je baru sempat mengasap dapur!
*Alasann.. padahal ofis bukan jauh pun!* uhuhuhu
Last week dok bersembang2 ngan memember pasal resepi roti jala.
Masa zaman2 belajar dulu kira aku antara tukang buat
bahan roti jala gak le.. kalau ada gakusai ~ Pesta pelajar 
kitaorang confirm akan bukak gerai jual makanan punya..!
Dan antara yang di jual termasuklah Roti jala + Kuah kari..! Nyumm!!
Memang agak hit jugak le menu ni sebab orang-orang Jepun
pandai makan kari..!

Okeh.. so Roti jala versi aku cam ni lah rupanya. Lipat je malas nak gulung hehehehehe.
 Kalau lipat dari atas kuali tu bleh terus lipat ngan sudip angkat 
masuk pinggan terus huhu


| Resepi Nasi Ayam Madu | Kategori : Sajian Istimewa|

Sumber : Hana Memories


Sumber : Hana Memories

Bahan-Bahan

UNTUK NASI
  • Beras
  • Air rebusan ayam
  • secukupnya rempah tumis adik beradik
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1-2 inci halia
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • daun pandan
  • garam
  • Butter
  • serbuk kunyit (hujung sudu sebagai pewarna)

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 biji bwg besar - dhiris
  • 2 ulas bwg putih
  • secukupnya rempah tumis adik beradik
  • 1-2 inci halia
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • myk utk menumis
  • garam
  • daun sup
  • bwg goreng
UTK AYAM MADU
  • ayam rebusan td
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar madu
UTK SOS
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula

  • Cara-cara
  • Rebus ayam dan halia dahulu. angkat ayam dan ketepikan. air rebusan bhg 2. utk sup n nasi.
  • UTK NASI - Tumiskan butter dalam kuali, tumis bwg,rempah tumis hingga naik bau. masukkan air rebusan ayam,halia, serbuk pati ayam,daun pandan,garam.kacau rata.then masukkan beras n masak seperti biasa.
  • UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan air rebusan yg satu bhgn td. n masukkan serbuk pati ayam knorr n garam skit. matikan api. ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.
  • UTK SOS - blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
  • UTK AYAM MADU - ayam yg dh direbus td campurkan ngan kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng. ati2 kadang meletup2 sbb ayam nih agak berair. bleh juga dbakar menggunakan oven. alaskan plate ngan aluminium foil n masak smpai kehitaman sedikit ayam tuh.jgn smpai hangus sudah! :P
  • SOS KICAP - lebihan perap ayam madu jgn buang. amik n masukkan sedikit sup ayam td. kacau. dah siap! masa nk mkn sos kicap nih n sos merah leh curah kat ayam tadi

Behind the scene :
Wahh... ni antara resepi nasi ayam yang paling sempoi pernah aku buat. sebelum ni pun pernah buat.. ada yang di suruhnya rebus ayam buh madu dalam air rebusan.. moralnya tak dapat nak guna balik air rebusan ayam tu sebab dah ada madu.. pelik plak rasanya. Tapi ayamnya bila di goreng bleh tahan jugak rasa & rupanya uhuhu

Anyway hari ni try buat Nasi Ayam Madu versi K.Hana. Waa.. memang suka la style K.Hana..
semua bahan yang di guna tak di buang dah boleh saling di rotate samaada untuk buat kuah kicap, 
nasi, termasuk la sos..! Dah sos nya pun so far paling menjadi dan pekat lah aku buat..!
Terima kasih banyak2 K.Hana..!!!


Anyway aku serve sekali dengan Tauge Celur ala TCRS dan Kerabu Mangga depan rumah..! 








| Resipi Tauge Celur ada TCRS | Kategori : Masakan Sayuran |
Sumber : My Resepi



Bahan-bahan ( 2-3 org )

150 gm taugeh
* 2 sb air panas@ sup ayam
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sb  minyak bawang putih
*kalau tak ada, hiris bawang putih dan goreng garing.
Guna minyak gorengan bawang putih tersebut
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara
1. Celur taugeh, jgn lama kalau boleh kurang dari 1 min mengikut 
kadar kesegaran tauge. Toskan airnya dan ketepikan
2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. 
Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. 
4. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
5. Hiris halus/hancur bawang putih yang telah di goreng garing tadi. Taburkan.
Sebelum dihidang taburlah daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Story Behind The Scene:
Ahaa.. baru buat dengan Nasi Ayam Madu untuk juadah berbuka semalam.
So di gandingkan dengan Kerabu Mangga & Tauge celur.
Resepi daru Cik Iza@ My Resepi dan di edit sedikit ikut versi ku uuhuhu.
Selalu buat masak sekali tauge tu.. kali ni baru buat tau versi
buat kuah dan curah..! he he





My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Loading...

Surely Best Promotion!