Resepi Mee Kuah

Posted by *∽ IZAN ∽* Sunday, June 6, 2010 ,

Resepi Mee Kuah | Kategori : Sajian Sampingan |
Sumber : Resepi keluarga mertua



Bahan-Bahan
Mee Kuning              - Di basuh dan di celur
2 biji  Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
5 tangkai cili padi   (untuk pilihan yang lebih pedas)
1 sudu sos tiram 
Udang/sotong/ketam
2 biji telur
Sayur Sawi / Daun kucai
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng


Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3-4 cawan air (lebih sedap kalau guna air rebusan daging/udang/ketam) dan didihkan
v) Masukkan udang/sotong/ketam  & garam/perasa 
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi/daun kucai, cili padi  & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!

Story behind the scene :
Ini resepi asal mee kuah keluarga saya yang diturunkan oleh keluarga mertua. Pernah beberapa kali Mr Hubby yang masak sendiri! Memang best sekali sekala makan air tangan suami...! he he

5 comments

  1. hana Says:
  2. ooowwh mee kuah ghupernyer cenggini! tak penah makan tp penah denga.. kuah dier mmg cair tak mcm mee rebus er zan? nampak sonang banget! leh try....

     
  3. Chik Mimi Says:
  4. sukeeee ngan mee kuah kalau arwah ayah akak suke letak tomato soup

     
  5. Re K.Hana, tu pasal... kuah dia cair sebab tu la keluar resepi baru Mee Rewah tuh! ha ha ha. Eceli Izan pun tak pernah/perasan makan mee kuah sampai la married to my Hubby hu hu so tak tau gak kat luar tu rupa camnerr.. hua hua hua

     
  6. Re Chik Mimi,

    Letak tomato sup tu camne ekk...? Sedap jugak rasa masam-masam sket ek

     
  7. 1st time tau mee kuah. apa beza dgn mee ladna?

     

Post a Comment

Terima kasih singgah.. terima kasih terlebih lagi sudi komen.... ceria hari saya hari ni!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!