Siakap Masak Stim Istimewa

Posted by *∽ IZAN ∽* Tuesday, May 11, 2010 ,

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Istimewa | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan |





Bahan-bahan
A) Bahan perap
1. Halia 1/2 inci
2. Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan

B) Bahan kuah
1. Ikan - (Kerisi/siakap/etc)
2. Bawang besar - 1 biji setengah
3. Halia - 1 inci
4. Bawang putih - 3 biji
5. Cili padi saiz sederhana - 10 biji
6. Limau nipis - 1 biji
7. Sos tiram - 1 sudu
8. Daun ketumbar
9. Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun
ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!

TIPS: Kuah stim seharusnya rasa pedas, lemak pati ikan, sedikit masam dan ada resa-resa manis. Aroma & rasa perahan limau kasturi dan daun ketumbar menambahkan lagi keharuman & keenakan masakan!

3 comments

  1. CatlinaFly Says:
  2. salam, izan, nanti tinggal entry u kat sini k..

    http://makanmakanbycatlina.blogspot.com/2010/05/food-blog-review.html

    (yang u komen tu kat entry kak hana nye review :)

     
  3. IZAN Says:
  4. oh.. okatt.. tak perasan plak silap tempatt komen.. excited punya pasall.. ha ha ha. Anyway thanks! Dah update kat page yg sepatutnyaa!

     
  5. solehah Says:
  6. sedapnyehhh dah try tadi hehe habis <3

     

Post a Comment

Terima kasih singgah.. terima kasih terlebih lagi sudi komen.... ceria hari saya hari ni!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Loading...

Surely Best Promotion!