| Resipi Mee hoon Goreng Singapore | Kategori : Sajian Sarapan |
Sumber :Resepi.net


Bahan bahan A
5 ulas bawang putih - ditumbuk
1 ulas bawang merah - ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Mee hoon Separuh bungkus - di rendam
Udang di buang kulit
Ayam di potong dadu
Lobak merah mayang halus
Kucai/sawi
Taugeh
Garam secukup rasaDaun sup, lada merah & bawang goreng
Telur yang di goreng nipis secara berasingan.

Bahan bahan B (sambal kicap)
Cili padi ~ di potong halus
Kicap manis 
Limau nipis

Cara-cara
Bahan A ~ Sotong goreng tepung
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah 
dan lada hitam yang telah di tumbuk sehingga sedikit garing dan naik bau.
2. Masukkan udang dan ayam. Tabur garam dan kacau rata.
3. Masukkan air dan rasakan bahan secukup rasa.
4. Masukkan mee hoon gaulkan dengan kuah yang sudah mendidih tadi.
5. Apabila mee hoon sudah lembut dan air sudah kering masukkan kucai/daun sawi dan 
taugeh. Kacau rata.

Untuk Hiasan, taburkan :
1. Telur yang di goreng nipis tadi gi gulung dan di hiris agak halus.
2. Hirisan daun sup dan lada merah serta bawang goreng.
Siap untuk di hidang..!

B ~ Sambal Kicap 
1. Hiriskan cili padi dan tuangkan kicap (manis kipas udang)
2. Perahkan sedikit limau jika suka

behind the scene :
Selamat Hari Ibu semua..!
Ni breakfast sempena Hari Ibu. Mudah sangat nak buat.. hiris2, tumbuk & tumis..! 
Kurang berminyak sebab tumis bawang tumbuk berbanding tumis bawang & lada kisar.
Tak dan tengahari dah licin pun! uhuhuhu

 | Resepi Kacang Tumis Sotong Goreng Tepung | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Dari mata turun ke hati


Bahan bahan A
2 ekor sotong - di hiris
1 biji telur
2 senduk tepung goreng segera

Bahan bahan B
1 ikat kacang panjang
2 batang jagung muda
2 biji bawang besar ~ di hiris bulat
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilisGaram dan serbuk/kuib perasa

Cara-cara
Bahan A ~ Sotong goreng tepung
1. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan tepung ke dalam 
telur yang sudah di kacau dan salutkan dengan tepung goreng segera.
2. Gorengkan ke dalam kuali sehingga keperangan.
3. Angkat dan toskan


Bahan B ~ Kacang panjang tumis
1. Gunakan minyak goreng sotong tadi dan tumiskan
 bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan kacang panjang, jagung muda, garam & bahan perasa secukup rasa.
3. Gaulkan serata sehingga masak.
4. Masukkan sotong goreng tepung (Bahan A) tadi dan gaul rata.. 
Siap untuk di hidang..!

behind the scene :
Resepi ni sebenarnya aku first time makan masa baru pindah kerja ke HP Towers akhir tahun lepas.
Masa tu kalau gi makan kat food court bangunan ManuLife kat sebelah tu selalu gak
amek menu ni. Memang besttt gilerrr... sebab ada sotong goreng tepung tuhhhhh.

Sebenarnya kalau nak buat sotong goreng tepung je memang dah siap & lazat pun.
Tapi kalau nak bagi fancy sket dan nak suh anak2 makan sayur sekali leh
la try menu ni. Nak buat nyer pun sempoi je. 
Tepung goreng segera yang aku pakai ni brand Kasturi Fried Chicken.
Baru2 ni aba beli HPA punya tepung segera.. nak try pulak.

TAPI nak masak menu ni ada CABARANNYA..!
Sebab mula2 sotong tu kena goreng tepung dulu..
DAN budak-budak ni memang HANTU sotong goreng tepung.
Kalau dah siap goreng tak nyorokkan..takut tak sempat campur ngan sayur tumisnya
dah LICIN dulu sotongnyer..! hehe

 Resepi Ala steak daging burger 
  

Salam.. saje je nak update blog ni. Ada 2-3 resepi nak update tapi baru format PC kat umah tak install
lagi software utk buat watermark.. pastu logo watermark tu pun simpan kat HDD lain... tak tercari lagi huhu.
So hari ni just nak share je resepi yang teramat SEMPOI bila angin kus-kus malas nak masak datang he he.
Menu pun just bergantung apa yang ada kat Freezer.
Sebenarnya semua pun tau je nak buat ni.. he he he

Anyway
1. Daging burger di masak atas kuali leper dengan sedikit majerin. Taruk serbuk lada hitam sket.
Bila dah masak angkat dan picitkan sos BBQ atas nya. *ikut suka hati*
2. Salad tu just hiris je kobis putih & purple & lobak. Gaul bersama Lady's Choice Coleslaw dressing.
3. Goreng french fries.. sediakan sos tomato & mayonis sebagai pencicah.
4. Peha ayam perap dengan sos BBQ. Di bakar atau gi goreng
Lupa asal usul japp tak makan nasi he he.

Untuk kids :

1. Pecah telur & kacau.
2. Basahkan peha ayam dengan telur tadi.
3. Golekkan dengan tepung goreng berperisa (ku guna tepung Kasturi Fried Chicken)
4. Goreng dengan minyak panas sehingga kekuningan.

Sempoi tapi tetap LICIN..! ha ha

| Resepi Sup Tulang | Kategori : Sup |
Sumber : Along (SIL)



Bahan bahan
2 Kg tulang lembu
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 
1 sudu jintan manis   - dikisar
1 sudu jintan putih    - dikisar
1 sudu ketumbar       - dikisar
2 inc halia                 - dikisar
1 bunjut sup tulang
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, etc)
1/2 kiub ayam
2-3 keping asam keping
Daun sup dan bawang goreng - bahan tabur
Garam  secukup rasa

Cara-cara
1. Bersihkan dan rebuskan tulang lembu terlebih dahulu sehingga sedikit empuk (kira-kira 30 minit)
2. Kisar  bawang besar, bawang putih, jintan, ketumbar dan halia. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk. Masukkan rempah sup bunjut dan bahan-bahan rempah tumis ke periuk. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. 
3. Renihkan selama 30 minit lagi. Rasakan rempah sudah sebati baru masukkan asam keping. Renihkan lagi seketika. Matikan api.
4. Taburkan daun sup & bawang goreng.
5. Sedia untuk di hidang bersama sambal kicap.


behind the scene :
Salam tahun baru semuaa...!!! uwaahh.. lama tak update blog ni. sorry sangat-sangat. InsyaAllah masuk tahun baru ni akan ada update sket-sket mana sempattt...

Semoga tahun 2011 lebih bermakna buat kita semua yekk!!

| Resepi Kupang Berlada II | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Along (SIL)



Bahan bahan
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dikisar
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 2 batang serai - tumbuk pecah
2 inc halia - tumbuk pecah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Apabila kulit kupang sudah saling terbuka menunjukkan kupang sudah masak. Tidak perlu tambah air kerana air kupang akan keluar sendiri. Kacau sebati dan matikan api. Sedia untuk di hidang.


behind the scene :
Semalam gi Melaka hantar adik ipar aku yg bongsu ke ALAM (Akademi Angkatan Laut).
On the way balik singgah beli kupang segar..! baru naik dari laut. 2 bulan lepas Along beli dan masak.. aku rasa sikit memang best gilerr..! Kali ni kitaorang pun pakat beli kupang segar, sampai rumah terus masak ikut resepi Along. Memang bestt...! he he

| Resepi Udang masak lemak cili padi | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan bahan

500 gram Udang basah
6 batang kacang panjang - di potong panjang2
1 1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 batang serai
1 inc halia - tumbuk pecah
serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
1 mangkuk santan pekat

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan satu batang serai sehingga halus. Masukan ikan bilis dan cili padi yg telah di potong kecil dan kisar sebentar agak-agak kasar sedikit.
2. Didihkan santan di dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama garam , halia dan sebatang lagi serai yang  bumbuk pecah sehingga santan sedikit mendidih.
3. Masukkan udang biar sebentar. Kemudian masukkan kacang panjang dan jaga santan sehingga mendidih dan tidak pecah.
4. Bila santan sudah mendidih, matikan apa dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :
Salam.. isk isk lama tak update resepi. Duk pulun update entry kat personal blog je hari hari isk isk isk. Tu lah padahnya tamak sangat nak berblog! ha ha.
Anyway hari ni nak gi umah Along. Buat makan-makan sket sempena adik ipar bongsu aku yang akan pergi daftar dan mula pengajian kat ALAM (Akademi Laut Malaysia) esok. So aku masak lauk Udang masak cili padi & buat dadih strawberi hari ni. Okeh nak siap-siap dah... dah lewat ni. Jap lagi otw nak gi umah Along ada appointment ngan agen plak.. chow! he he

Resepi :  Sosej Lada Hitam | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan

Bahan-bahan 

8 batang sosej (Ayam/Daging)
2 sudu bawang kisar
1 sudu lada kisar (cili kering)
1 sudu lada hitam
2 biji bawang putih - di ketuk
1 biji bawang besar - di belah 4
10 biji cili padi/sederhana
5 sudu sos lada hitam
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram/sos ikan
Kicap manis
Sedikit kiub perasa (jika suka)
Garam secukup rasa

Cara Masakan
1. Rebus sosej dan toskan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang & lada kisar serta lada hitam. Tumis sehingga layu dan naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram/ikan, sos lada hitam dan sos cili dan kicap. Gaulkan sebati dan rasakan garam.
4. Masukkan bawang besar yang di belah empat,  cili sederhana/padi dan sosej yang telah di rebus tadi.
5. Biarkan sebentar sehingga bawang layu dan matikan api. Siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Menu ni selalu makan kat kantin ofis. Rajin gak amek kalau ada. Resepi asal tak tau.. ni pakai agak-agak
ikut pengamatan je... Boleh adjust lagi ikut suka dan selera masing-masing hu hu.




Nasi Goreng USA | Kategori : Sajian Sampingan |



Bahan Nasi
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1 cawan mix vegetable
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi
1, Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan mix vegetable dan  gaul sebati.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah
300gm daging - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk pecah
1 biji bawang besar - dihiris untuk timua
1 biji bawang besar - di hiris bulat dan agak besar untuk goreng1 biji lada besar - potong panjang
.1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan lauk
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, lada besar dan bawang besar, gaul sebati. Akhir sekali masukkan tomato dan rasakan masim, manis dan masamnya.
4. Goreng bawang yang di potong bulat berasingan sehingga sedikit layu dan angkat.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun

Story behind the scene :
Baru balik outstation 3D2N. Moralnya dah 3 hari jugak le aku tak mengasap dapur. Hari ni cuti lepak kat umah dok pikir menu apa nak masak.... belek-belek blog K.Hana nampak entry Nasi Goreng USA nih! Terus dapat idea nak masak apa... he he he. Ma kaseh K.Hana sebab bagi ilham @ resepi. Walaupun hasil tak sama baik dari segi rupa dan gambar.. . Maklumle Izan snap pakai camera HP jek. Ada digi came sampai sudah tak jumpa charger kui kui kui. Layannnn....!!

Resepi Sambal Terung |  Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
2 biji terung
3 biji  bawang besar     di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih     dikisar   - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar  - Bahan  2
1 biji bawang               di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam
Gula

Cara masakan
1. Gorengkan hirisan terung sehingga masak dan toskan minyak.
2.      Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
3.      Masukkan lada kering kisar dan  tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan (jika suka).
4.      Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili.Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
5.      Setelah cukup rasa, masukkan terung dan bawang hiris, gaul hingga serasi. Matikan api dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :

TIPS 1 :
      Kadang-kadang rajin juga hujung minggu tu bila tumis rencah sambal tumis banyak-banyak. Rumah ni sambal tumis memang nombor satu! Hari-hari masak sambal pun laku! So kekadang bila dah tumis banyak-banyak, simpan rencah yang dah siap tumis tu dalam peti. Esok-esok balik kerja tinggal keluarkan bahan apa yang nak di sambal kan, masakkan sekali dah siap satu resepi tak sampai 10 minit! he he. Contoh Sambal terung ni, tinggal goreng terung tak sampai 5 minit lepas tu panaskan rencah sambal dan masukkan terung.. siappp!!! 

TIPS 2:
      Sebenarnya lagi, rumah saya 24 jam sentiasa ada bekalan lada kisar & bawang kisar. Jadi prosess masak tu lebih cepat. Untuk tahan lama, lada kering di rebus terlebih dahulu. Kemudian baru di kisar bersama sedikit minyak dan garam bersama sedikit air masak. Begitu juga bawang kisar, di kisar bersama sedikit bawang & minyak bersama air masak. Bahan lebih tahan lama dan proses memasak lebih pantas..! peaceee..!!

Resepi Ikan Percik | Kategori : Lauk Pauk

Cara cara
4 ekor ikan kembung 
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara-cara masakan
1. Bersihkan ikan. Lumurkan dengan garam & kunyit kemudian bakar sehingga separuh masak.
2. Sediakan kuah. Bawang merah, cili kering dan halia digiling (atau kisar) hingga lumat bersama belacan. 
Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
3. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. 
4. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
5. Kemudian bolehlah diangkat dan letakkan atas daun pisang (jika ada) dan sedia untuk di hidang!




Story Behind the scene :
Resepi ni diambil dari resepi .mesra. Moralnye mencabar gak masak tak ada gambar pakai tengok resepi je... hu hu


Resepi Kari Kepala Ikan Merah | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
1 ekor ikan merah
Rempah tumis (Bunga lawang, kayu manis, etc)
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 biji bawang besar    - di kisar
2 ulas bawang putih    - di kisar
10 tangkai/2 sudu lada kering yang telah siap di kisar
1 inci biji sawi
1 inci halia – di tumbuk pecah
1 tangkai daun kari
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4/6
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air

Cara cara
1.      Tumiskan bawang yang telah di kisar, rempah tumis, daun kari dan biji sawi sehingga naik bau
2.      Masukkan lada kisar, kacau sehingga naik minyak. (Cik Izan suka tumiskan lada kisar untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas dan warna yang lebih menarik!)
3.      Masukkan serbuk kari ikan yang telah di bancuh dengan air dan kacau sehingga naik bau & minyak.
4.      Masukkan air  termasuk bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga hampir mendidih kemudian masukkan ikan dan halia.Biarkan 5-10 minit.
5.      Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
6.      Setelah santan masak, masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene ;
Last week lepas gi ambil report card Danish, singgah gi makan kat kedai. Nampak ada lauk Kari Ikan Merah!
 Ohh.. selama ni asal ada Ikan Merah asyik duk masak Sup je.. so kali ni buat Ikan Merah masak kari pulak.
Bahan-bahan macam jugak resepi Kari Ikan Tongkol, tapi terlebih rajin cari biji sawi dan daun kari.. ! Peaceee! he he

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!