Resepi Kerang Masak Padprik | Kategori : Lauk Pauk |
Hari ni pagi-pagi lagi dah pergi ber'dating' ngan Abang kat Pasar Borong Selangor. Dan hasil dari 'dating' tu... tersedialah sudah menu ni atas meja untuk lunch hu hu.
Bahan-bahan
*sebenarnya Cik Izan sentiasa ada stock bawang kisar & lada kisar 24 jam dlm peti. Nak speed up proses memasak hu hu*
800g Kerang - basuh dan toskan
2 biji bawang besar / 3 sudu bawang kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
10 biji lada kering di kisar / 2 sudu lada kisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 tangkai serai - ditumbuk pecah
1 inci halia - ditumbuk pecah
3 keping daun purut
Garam
Gula
Cara-cara
1. Rebuskan kerang dengan sedikit air dan tutup sehingga nampak sebahagian kulit kerang terbuka. Angkat dan toskan
2. Tumis bawang kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram, sos tomato, halia, serai, garam & gula secukup rasa. Kacau dan masak sehingga warna bertukar merah gelap.
4. Masukkan kerang yang telah di rebus tadi. Kacau rata bersama kuah, taburkan daun limau purut dan tutup sebentar. Tutup api dan sedia untuk di hidang!
Resepi Homemade Aiskrim Oreo | Kategori : Pemanis Mulut |
Ni resepi yang dapat dari blog Beba. Memang bila terbaca terus rasa nak buat!
Thanks Beba coz share this simple resepi!
Berdasarkan Cik Izan buat resepinya seperti di bawah
2 mug susu segar (rendah lemak)
2 mug coffee mate
4 sudu gula
3 sudu essen vanilla
2-3 keping biskut oreo
Cara-cara
1. Masukkan susu segar bersama coffee mate kedalam mixer/blender dan putar
2. Masukan gula & essen vanilla
3. Tuangkan kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk beku selama 3-4 jam
4. Apabila aiskrim hampir keras, keluarkan dan putarkan sekali lagi kedalam mixer/blender untuk memperbaiki tekstur aiskrim.
5. Taburkan biskut oreo yang di pecah2 kedalam pengadun dan putarkan sebentar.
6. Masukkan semula bahan adunan kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk beku.
7. Aiskrim sedia di hidang selepas 5-6 jam.
8. Taburkan bahan yang si sukai dan sedia untuk di hidang! Taraaaa
Resepi Home Made Ice Cream Choco | Kategori : Pencuci Mulut
2 mug susu coklat segar (rendah lemak)
2 mug coffee mate
4 sudu milo
Choco chips
Cara-cara
1. Masukkan susu segar bersama coffee mate kedalam mixer/blender dan putar
2. Masukan serbuk milo
3. Tuangkan kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk beku selama 3-4 jam
4. Apabila aiskrim hampir keras, keluarkan dan putarkan sekali lagi kedalam mixer/blender untuk memperbaiki tekstur aiskrim.
5. Masukkan semula bahan adunan kedalam bekas dan taburkan choco cips sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.
6. Aiskrim sedia di hidang selepas 5-6 jam.
7. Taburkan bahan yang si sukai dan sedia untuk di hidang! Taraaaa!
Resepi Spicy Prawn Olio Spagethi | Kategori : Sajian Sampingan |
Olahan : Cik Izan
Ini dia resepi Spicy Prawn Olio versi Cik Izan. Almaklum Mr Hubby kuat makan pedas.. buat Italian menu pun kena pedas hu hu hu. Resepi yang sangat sempoi..!
Bahan Bahan
1/2 bungkus mee spagethi
2 sudu olive oil
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
5 ulas cili padi - dihiris
3 tangkai cili kering - dihiris
5 biji cendawan butang - dihiris
10 ekor udang - dibuang kulit
Garam secukup rasa
Cara masakan
1. Rebus spagethi dengan sedikit titisan minyak untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain. Toskan dah bilas di bawah air sejuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun /butter dengan api rendah, tumiskan bawang putih yang di dadu sehingga naik keperangan.
3. Masukkan cili padi, cili kering, cendawan butang sehingga sedikit garing kemudian masukkan udang.
4. Taburkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mee spagethi dan gaulkan sekata. Sedia untuk dihidangkan! Sangat mudah bukan!
Salamm...
Opss interframe sket entry resepi kali nih.. he he he. Saje nak citer buat rekod yang Cik Izan dengan berbesar hatinya telah menerima kunjungan Catlina ke blog yang tak seberapa nih auuwwww!!!. Ala-ala jalan-jalan cari makan gituhh hu hu hu.
Berikut adalah snapshot dari blog Catlina
Dalam komen review Catlina ada tanya pasal nama blog utama Izan iaitu sweetomoide@blogspot. Memang betul perkataan omoide tu ialah perkataan dalam bahasa jepun yang membawa maksud kenangan. Makanya Sweet omoide membawa maksud kenangan terindah bersuaianlah dgn tema dengan blog tu yang banyak entry pasal family dan anak-anak. Kadang2 masuk citer pasal makan & resepi sampai akhirnya datang la idea nak buka galeri baru nih. *panjang pulak citer*. Sebenarnya dah 2 tahun lebih berblog tak pernah pulak orang tanyaa.. Catlina jugak yg prihatin nama blog asal Izan tuh.. hehehehe. Particular jugak Catlina ni orangnyaa.. ma kaseh ma kasehhhh..!!
Dan resepi pilihan Catlina ialah Resepi Mee Goreng Mamak Speciall...opssssss!! Bak kater Catlina jika diberi nama Mee Goreng Mama Special lebih sesuwaii sebab mamanye yang masakk..!! Memang betull laaa..!! Tukang masak pun tak perasann...!!! Ha ha ha !! I really like this name.. suker sukerr..!!
Apapun terima kasih banyak-banyak pada Catlina sebab sudi berkunjung & buat preview pasal sweet@recipes gallery. Maka dengan bangganya Izan menggantungkan tag Reviewed by Catlina ke galeri ini. Terima kasih daun keladi!!
Dan kalau nak tau asal usul sweet@recipes gallery click di sini!
Bahan Bahan
2 biji bawang besar – di kisar
2 sudu cili kisar (anggarang 8 tangkai)
1 sudu paste tomyam
15 biji cili padi dihiris
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
1/2 ikat Daun kuchai
2 batang jagung muda di hiris panjang
3 kepung daun limau purut
1 batang serai - di hiris
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam secukup rasa
Gula
Bawang goreng & daun ketumbar – hiasan jika suka
Cara-cara
1. Gorengkan ikan siakap bersama tepung – letak tepi. Seeloknya ikan siakap sudah siap di hiris kepada 4/5 bahagian sebelum di goreng.
2. Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar.
3. Apabila cili kisar sudah kering dan naik minyak, masukkan paste tomyam,
Sos tiram, sos cili dan sos tomato.
4. Tumis sehingga sebati. Taburkan hirisan cili, daun serai, garam & gula secukup rasa.
5. Apabila sudah secukup rasa, masukan jagung muda, daun kucai dan daun limau purut.
6. kacau sebati dan matikan api.
7. Susunkan semula hirisan ikan menjadi satu. Tuangkan bahan tumis ke atas ikan. Taburkan bawang goreng & hirisan daun ketumbar sebagai hiasan & aroma.
Siap untuk di hidang!!
Resepi Ikan Siakap Masak Stim Istimewa | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan |
Bahan-bahan
A) Bahan perap
1. Halia 1/2 inci
2. Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan
B) Bahan kuah
1. Ikan - (Kerisi/siakap/etc)
2. Bawang besar - 1 biji setengah
3. Halia - 1 inci
4. Bawang putih - 3 biji
5. Cili padi saiz sederhana - 10 biji
6. Limau nipis - 1 biji
7. Sos tiram - 1 sudu
8. Daun ketumbar
9. Garam & gula secukup rasa
Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun
ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!
TIPS: Kuah stim seharusnya rasa pedas, lemak pati ikan, sedikit masam dan ada resa-resa manis. Aroma & rasa perahan limau kasturi dan daun ketumbar menambahkan lagi keharuman & keenakan masakan!
Resepi Sambal Udang | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan |
Bahan-bahan
3 biji bawang besar di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih dikisar - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar - Bahan 2
1 biji bawang di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Garam
Gula
Cara masakan
1. Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
2. Masukkan lada kering kisar dan tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan.
3. Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
4. Setelah cukup rasa, masukkan udang & bawang hiris, gaul dan tutup sebentar agar air udang keluar.
5. Apabila udang sudah masak matikan api dan sedia untuk di hidang!
TIPS : Udang lebih sedap jika sambalnya sedikit manis.
Kerabu Mangga Muda | Kategori : Lauk Pauk |
Bahan-Bahan:
2 biji mangga muda sederhana besar dimayang panjang
5 ulas bawang besar di hiris nipis
8 biji cili padi di hiris halus
Sejemput ikan bilis digoreng dan toskan
Sejemput kacang tanah di goreng dan di tumbuk kasar
2 sudu sos ikan
Sejemput kacang tanah di goreng dan di tumbuk kasar
2 sudu sos ikan
1/2 biji limau nipis
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara-cara :
i) Gaulkan mangga muda bersama bahan2 hirisan bawang, cili padi, sos ikan,
Cara-cara :
i) Gaulkan mangga muda bersama bahan2 hirisan bawang, cili padi, sos ikan,
perahan limau nipis, gula dan garam.
ii) Setelah cukup rasanya gaulkan bersama kacang tanah dan ikan bilis.
iii) Sedia untuk di hidangkan!
ii) Setelah cukup rasanya gaulkan bersama kacang tanah dan ikan bilis.
iii) Sedia untuk di hidangkan!
Resepi Mee Goreng Mamak | Kategori : Sajian Sampingan
Bahan Bahan
1 bungkus mee kuning (dibasuh dan toskan)
200 gram ayam di potong dadu
2 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
6 tangkai lada kering dikisar
1 sudu serbuk kari dibancuh
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Segenggam taugeh
1/2 ikat sawi di potong
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika perlu)
Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih & lada kering yang telah di kisar.
2. Bila sudah naik bau, masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan sedikit air.
3. Apabila sudah naik bau dan minyak, masukkan ayam (atau udang/daging etc) dan gaulkan sehingga masak.
4. Masukkan kicap pekat, sos cili dan sos tiram. Taburkan garam / serbuk perasa (kiub ayam) secukup rasa.
5. Masukkan mee kuning dan gaulkan sehingga masak. Apabila wap sudah mula keluar dari celah-celah mee, besarkan api, kaiskan mee ke tepi dan segera pecahkan telur di bahagian tengah kuali dan kocakkan. Apabila telur agak masak gaulkan telur dan mee serta masukkan sayur sawi dan tauge.
6. Apabila sayur sawi sudah layu, matikan api.
7. Taburkan daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedia untuk di hidang!
Bahan Bahan
2 ekor ikan cencaru
5 biji bawang besar (dikisar)
2 sudu lada hitam (di tumbuk sederhana halus atau ready made)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika perlu)
Cara-cara
1. Ikan cencaru di goreng(dilumur serbuk kunyit & garam) dan diketepikan.
2. Tumiskan bawang besar yang telah di kisar bersama serbuk lada hitam.
3. Apabila sudah naik bau dan masak bahan tumisan tadi, masukkan sos tiram dan kicap pekat.
4. Gaulkan sekata dan masukkan garam/serbuk perasa secukup rasa.
5. Tuangkan ke atas ikan cencaru dan sedia untuk di hidang.
Resepi Sup Ikan Merah | Kategori : Lauk Pauk
Bahan Bahan
1 ekor Ikan Merah
Rempah tumis
1 sup bunjut *lebih baik sup bunjut khas untuk sup ikan *
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia di tumbuk pecah
1 batang daun saleri
1 biji tomato
1 biji kentang di potong dadu (jika suka)
Daun sup, hirisan lada merah & bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara masakan
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah tumis & lada hitam
dengan minyak yang sedikit.
2. Setelah berwarna keperangan dan naik bau, masukkan air dan sup bunjut.
3. Setelah mendidih masukkan ikan merah, halia dan kentang. Biarkan 5-10 minit.
4. Setelah ikan masak, masuk kan daun saleri,tomato dan garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sup, hirisan lada merah dan bawang goreng. Siap untuk di hidang!
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak | Kategori : Lauk Pauk |
Resepi Mertua @ Pahang
Bahan Bahan
1 ekor ikan patin
2 senduk tempoyak (mengikut kepekatan kuah yang disukai)
3 keping asam keping
20 biji cili padi - ditumbuk halus
2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
2 biji tomato
1 biji cili merah
2 ikat daun kesum
Sekuntum bunga kantan
1/2 biji Timun cina – di belah panjang
Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Perap ikan patin dengan asam jawa/limau nipis untuk menghilangkan hanyir.
2. Gaulkan kunyit hidup & cili padi yang telah ditumbuk bersama tempoyak.
3. Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam periuk berisi air di atas api. Kacau rata.
4. Setelah hampir mendidih masukkan ikan sebentar bersama asam keping kemudian di ikuti oleh timun cina dan bunga kantan. Masukkan garam secukup rasa. Gula sedikit jika terlalu pedas/masam. Biarkan 5-10 minit.
5. Masukkan daun kesum, cili merah dan tomato. Didihkan sebentar dan siap untuk di hidangkan!
Resepi Urap@kerabu Pucuk Paku | Kategori : Masakan sayuran
Resepi Bonda@Johor
Bahan Bahan
Seikat pucuk paku
8 ulas bawang merah – di tumbuk
15 tangkai cili padi – di tumbuk
4 helai daun cekur – di hiris halus.
1/2 inci belacan
1/2 biji kelapa parut
Taugeh
Garam & gula secukup rasa
Cara cara
1. Siang pucuk paku, bersihkan dan rebus untuk melembutkan.
2. Tumbuk bawang merah, cili padi & belacan. Taburkan bersama gula & garam secukup rasa.
3. Gaulkan kesemua bahan tumbuk bersama kelapa parut dan sangankan di atas kuali (tanpa minyak).
4. Setelah agak kering angkat.
5. Campurkan ke semua bahan tumbuk yang telah di sangan, daun cekur, pucuk paku dan taugeh mentah. Siap untuk di hidangkan!
TIPS : Campurkan taugeh hanya bila untuk di hidang untuk mengekal kan kesegarannya
Resepi Kari Ikan Tongkol | Kategori : Lauk Pauk |
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol
Rempah tumis
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 biji bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
10 tangkai/2 sudu lada kering yang telah siap di kisar
1 inci halia – di tumbuk pecah
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4/6
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air
Cara cara
1. Tumiskan bawang yang telah di kisar dan rempah tumis sehingga naik bau
2. Masukkan lada kisar, kacau sehingga naik minyak. (Cik Izan suka tumiskan lada kisar untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas dan warna yang lebih menarik!)
3. Masukkan serbuk kari ikan yang telah di bancuh dengan air dan kacau sehingga naik bau & minyak.
4. Masukkan air termasuk bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga hampir mendidih kemudian masukkan ikan dan halia.Biarkan 5-10 minit.
5. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
6. Setelah santan masak, masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!
Resepi Lempeng Tradisi | Kategori : Hidangan sampingan |
Resepi Bonda @ Johor
Lempeng TradisiBahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
Sedikit Susu segar (jika suka)
Garam & gula secukup rasa
Bancuh ke semua bahan. Kalau nak cantik kisar adunan
guna blender. hu hu!
Sapu minyak atas kuali leper.. tuang 2 senduk utk satu keping
lempeng. Bila nampak masak terbalik kan dan biar seketika hingga cantik. Siap!
Selalunya saya akan prepare sambal ikan bilis, timun potong &
telur scrambler + thousand island dressing. Buat lempeng roll ! hu hu hu!
Garam & gula secukup rasa
Bancuh ke semua bahan. Kalau nak cantik kisar adunan
guna blender. hu hu!
Sapu minyak atas kuali leper.. tuang 2 senduk utk satu keping
lempeng. Bila nampak masak terbalik kan dan biar seketika hingga cantik. Siap!
Selalunya saya akan prepare sambal ikan bilis, timun potong &
telur scrambler + thousand island dressing. Buat lempeng roll ! hu hu hu!




















