Resepi Kupang Tomyam Berlada | Kategori : Lauk Pauk |
Cik Izan@Original recipes
Bahan-Bahan
200g kupang yang sudah dibuang kulit1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu cili kering yg sudah dikisar
1/2 inci halia
2 helai daun limau purut
1 cubit perasa ikan bilis
1 sudu sos tiram
1 sudu paste tomyam
1 sudu sos lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara memasak
1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan lada merah
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan kisar & halia
sehingga naik bau
3. Masukkan cili kering yg sudah dikisar *selalunya sentiasa ada stok dlm peti*
4. Bila sudah kering sedikit dan naik minyak, masukkan sos tiram, sos lada hitam & paste tomyam bersama sedikit air
5. Masak sehingga mendidih, masukkan garam & gula serta perasa ikan bilis secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan kupang & daun limau purut. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan!
Rasanyerr..? emmmmm boleh tahannnnn.. !! cubalah sendiri!!
Sumber asal : sweet@omoide
waaaaaaaaaaaa mcm sedap! nak kena cuba tapi aku xleh makan menda bercengkerang la ni. gantikan dengan mende lain musti best!