| Resepi Kupang Berlada II | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Along (SIL)



Bahan bahan
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dikisar
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 2 batang serai - tumbuk pecah
2 inc halia - tumbuk pecah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Apabila kulit kupang sudah saling terbuka menunjukkan kupang sudah masak. Tidak perlu tambah air kerana air kupang akan keluar sendiri. Kacau sebati dan matikan api. Sedia untuk di hidang.


behind the scene :
Semalam gi Melaka hantar adik ipar aku yg bongsu ke ALAM (Akademi Angkatan Laut).
On the way balik singgah beli kupang segar..! baru naik dari laut. 2 bulan lepas Along beli dan masak.. aku rasa sikit memang best gilerr..! Kali ni kitaorang pun pakat beli kupang segar, sampai rumah terus masak ikut resepi Along. Memang bestt...! he he

| Resepi Udang masak lemak cili padi | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan bahan

500 gram Udang basah
6 batang kacang panjang - di potong panjang2
1 1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 batang serai
1 inc halia - tumbuk pecah
serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
1 mangkuk santan pekat

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan satu batang serai sehingga halus. Masukan ikan bilis dan cili padi yg telah di potong kecil dan kisar sebentar agak-agak kasar sedikit.
2. Didihkan santan di dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama garam , halia dan sebatang lagi serai yang  bumbuk pecah sehingga santan sedikit mendidih.
3. Masukkan udang biar sebentar. Kemudian masukkan kacang panjang dan jaga santan sehingga mendidih dan tidak pecah.
4. Bila santan sudah mendidih, matikan apa dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :
Salam.. isk isk lama tak update resepi. Duk pulun update entry kat personal blog je hari hari isk isk isk. Tu lah padahnya tamak sangat nak berblog! ha ha.
Anyway hari ni nak gi umah Along. Buat makan-makan sket sempena adik ipar bongsu aku yang akan pergi daftar dan mula pengajian kat ALAM (Akademi Laut Malaysia) esok. So aku masak lauk Udang masak cili padi & buat dadih strawberi hari ni. Okeh nak siap-siap dah... dah lewat ni. Jap lagi otw nak gi umah Along ada appointment ngan agen plak.. chow! he he

Resepi :  Sosej Lada Hitam | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan

Bahan-bahan 

8 batang sosej (Ayam/Daging)
2 sudu bawang kisar
1 sudu lada kisar (cili kering)
1 sudu lada hitam
2 biji bawang putih - di ketuk
1 biji bawang besar - di belah 4
10 biji cili padi/sederhana
5 sudu sos lada hitam
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram/sos ikan
Kicap manis
Sedikit kiub perasa (jika suka)
Garam secukup rasa

Cara Masakan
1. Rebus sosej dan toskan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang & lada kisar serta lada hitam. Tumis sehingga layu dan naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram/ikan, sos lada hitam dan sos cili dan kicap. Gaulkan sebati dan rasakan garam.
4. Masukkan bawang besar yang di belah empat,  cili sederhana/padi dan sosej yang telah di rebus tadi.
5. Biarkan sebentar sehingga bawang layu dan matikan api. Siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Menu ni selalu makan kat kantin ofis. Rajin gak amek kalau ada. Resepi asal tak tau.. ni pakai agak-agak
ikut pengamatan je... Boleh adjust lagi ikut suka dan selera masing-masing hu hu.




Nasi Goreng USA | Kategori : Sajian Sampingan |



Bahan Nasi
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1 cawan mix vegetable
Garam secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan nasi
1, Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan mix vegetable dan  gaul sebati.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

Bahan Daging masak merah
300gm daging - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk pecah
1 biji bawang besar - dihiris untuk timua
1 biji bawang besar - di hiris bulat dan agak besar untuk goreng1 biji lada besar - potong panjang
.1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram2 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak.

Cara penyediaan lauk
1. Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, lada besar dan bawang besar, gaul sebati. Akhir sekali masukkan tomato dan rasakan masim, manis dan masamnya.
4. Goreng bawang yang di potong bulat berasingan sehingga sedikit layu dan angkat.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun

Story behind the scene :
Baru balik outstation 3D2N. Moralnya dah 3 hari jugak le aku tak mengasap dapur. Hari ni cuti lepak kat umah dok pikir menu apa nak masak.... belek-belek blog K.Hana nampak entry Nasi Goreng USA nih! Terus dapat idea nak masak apa... he he he. Ma kaseh K.Hana sebab bagi ilham @ resepi. Walaupun hasil tak sama baik dari segi rupa dan gambar.. . Maklumle Izan snap pakai camera HP jek. Ada digi came sampai sudah tak jumpa charger kui kui kui. Layannnn....!!

Resepi Sambal Terung |  Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
2 biji terung
3 biji  bawang besar     di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih     dikisar   - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar  - Bahan  2
1 biji bawang               di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam
Gula

Cara masakan
1. Gorengkan hirisan terung sehingga masak dan toskan minyak.
2.      Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
3.      Masukkan lada kering kisar dan  tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan (jika suka).
4.      Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili.Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
5.      Setelah cukup rasa, masukkan terung dan bawang hiris, gaul hingga serasi. Matikan api dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :

TIPS 1 :
      Kadang-kadang rajin juga hujung minggu tu bila tumis rencah sambal tumis banyak-banyak. Rumah ni sambal tumis memang nombor satu! Hari-hari masak sambal pun laku! So kekadang bila dah tumis banyak-banyak, simpan rencah yang dah siap tumis tu dalam peti. Esok-esok balik kerja tinggal keluarkan bahan apa yang nak di sambal kan, masakkan sekali dah siap satu resepi tak sampai 10 minit! he he. Contoh Sambal terung ni, tinggal goreng terung tak sampai 5 minit lepas tu panaskan rencah sambal dan masukkan terung.. siappp!!! 

TIPS 2:
      Sebenarnya lagi, rumah saya 24 jam sentiasa ada bekalan lada kisar & bawang kisar. Jadi prosess masak tu lebih cepat. Untuk tahan lama, lada kering di rebus terlebih dahulu. Kemudian baru di kisar bersama sedikit minyak dan garam bersama sedikit air masak. Begitu juga bawang kisar, di kisar bersama sedikit bawang & minyak bersama air masak. Bahan lebih tahan lama dan proses memasak lebih pantas..! peaceee..!!

Resepi Ikan Percik | Kategori : Lauk Pauk

Cara cara
4 ekor ikan kembung 
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara-cara masakan
1. Bersihkan ikan. Lumurkan dengan garam & kunyit kemudian bakar sehingga separuh masak.
2. Sediakan kuah. Bawang merah, cili kering dan halia digiling (atau kisar) hingga lumat bersama belacan. 
Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
3. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. 
4. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
5. Kemudian bolehlah diangkat dan letakkan atas daun pisang (jika ada) dan sedia untuk di hidang!




Story Behind the scene :
Resepi ni diambil dari resepi .mesra. Moralnye mencabar gak masak tak ada gambar pakai tengok resepi je... hu hu


Resepi Kari Kepala Ikan Merah | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
1 ekor ikan merah
Rempah tumis (Bunga lawang, kayu manis, etc)
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 biji bawang besar    - di kisar
2 ulas bawang putih    - di kisar
10 tangkai/2 sudu lada kering yang telah siap di kisar
1 inci biji sawi
1 inci halia – di tumbuk pecah
1 tangkai daun kari
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4/6
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air

Cara cara
1.      Tumiskan bawang yang telah di kisar, rempah tumis, daun kari dan biji sawi sehingga naik bau
2.      Masukkan lada kisar, kacau sehingga naik minyak. (Cik Izan suka tumiskan lada kisar untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas dan warna yang lebih menarik!)
3.      Masukkan serbuk kari ikan yang telah di bancuh dengan air dan kacau sehingga naik bau & minyak.
4.      Masukkan air  termasuk bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga hampir mendidih kemudian masukkan ikan dan halia.Biarkan 5-10 minit.
5.      Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
6.      Setelah santan masak, masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene ;
Last week lepas gi ambil report card Danish, singgah gi makan kat kedai. Nampak ada lauk Kari Ikan Merah!
 Ohh.. selama ni asal ada Ikan Merah asyik duk masak Sup je.. so kali ni buat Ikan Merah masak kari pulak.
Bahan-bahan macam jugak resepi Kari Ikan Tongkol, tapi terlebih rajin cari biji sawi dan daun kari.. ! Peaceee! he he

Resepi Ikan Talapia Goreng Rempah Kari |
Kategori : Lauk Pauk

Bahan-Bahan
2 ekor Ikan Talapia ( atau apa saja)
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu rempah kari daging
1 tangkai daun Kari
Garam

Cara masakan
1. Lumurkan ikan bersama serbuk kari ikan & daging dan garam secukup rasa
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan.
3. Setelah agak masak, masukkan sekali daun kari untuk aroma.
4. Bila cukup garing angkat dan toskan minyak. Sedia untuk di hidang


Story behind the scene :
Haaa.. punya la sempoi resepi ni sampai rasa patut ke nak tayang kat blog? ha ha ha. Nak ikutkan aku pun selalu rasa bersalah je kalau nak hidang lauk takat 'goreng-goreng' jekk.. rasa cam pemalas no ke sampai tak sempat nak di menukan yg bergoreng tu? hu hu.  TAPI pernah tak rasa.. kalau makan kat luar (kalau saya kantin la), nampak ayam goreng kee rasa cam besttt jekkk.. padahal goreng je... bukan tak leh buat sendiri pun kat rumah! Moralnya kat sini... GORENG PUN SODAP.. walaupun simple, buat je lah kat rumah.. he he he

Haa.. satu lagi nak citer. Goreng tu satu hal la... Ikan Talapia ni sebenarnya Kakak Ipar@Abang Ipar ku yang bela sendiri kat rumah! Kira freshh tu! Masa dapat hidup lagi ikan ni! Bila goreng memang masih rasa manis daging nyer. Satu lagi TIPS dari kakak Ipar ku yang memang TAIKO la bab masak-masak ni, selalu masak 'sekelip mata' je! hu hu. katanyer :

"kalau nak goreng, goreng dalam minyak panas sampai garing luarnya baru kecilkan api supaya masak dalamnyer !" 

Garing di luar, masak di dalam gitu.. baru tau..! hu  hu

Sosej goreng ikan bilis | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan


Bahan Bahan
3-4 batang sosej ayam/daging – di hiris serong
1 biji bawang besar     - dihiris
2 ulas bawang putih    - dihiris
1 biji lada hijau           - dihiris
Secubit ikan bilis
Garam/serbuk perasa secukup rasa
   

Cara masakan 
1.      Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, lada yang telah di hiris bersama ikan bilis sehingga warna keperangan.
2.      Masukkan hirisan sosej dan taburkan garam serta bahan perasa (kiub ayam) secukupnya.
3.      Apabila rasa serata dan sosej masak, matikan api dan sedia untuk di hidang…. ! Sempoiiiiiiii…… he he

Story behind the scene :

Resepi ni dapat idea dari lauk pauk yang terhidang kat kantin ofis. Macam biasalah kalau makan rasa best mula la bila masuk mulut tu kunyah sambil mengamati rasanya.. pastu berkerut-kerutlah dok fikir bahan-bahan yang mungkin di gunakan… haha. Nak ikutkan nama masakan ni pun tak tau. Tapi yang pasti budak-budak mesti suka..! he he




Resepi Home Made Chicken Tuna Hotdog | Kategori : Sajian Barat |








Bahan Bahan
(Untuk satu hidangan)
1 batang sosej ayam/daging
1 buku  roti hotdog
2 Sudu spread tuna + mayonis (ready made dlm tin)
Sos cili
Lada sulah
Sayuran :
Salad, timun & tomato  - di hiris
   
Cara - cara
1.      Rebuskan sosej sehingga masak.( Lebih lembut dan sihat OK! )
2.      Selitkan hirisan tomato, timun dan daun salad  ke dalam roti hotdog yang telah di belah tengah (biasa guna roti Gardenia)
3.      Sapukan spread tuna mayonis di tengah-tengah bahagian roti.
4.      Letakkan sosej di tengah roti dan tuangkan sos cili.
5.      Akhir sekali taburkan sedikit lada sulah. Sedia untuk di hidang..!!

Story behind the scene :

Saya penggemar HOT DOG 1901. Masa mengandungkan Dania memang every week wajib ngap Hot Dog 1901 especiall New York Chicken dia kalau tak memang tak sedap badann…. So resepi di inspirasikan oleh Hot Dog 1901 versi Home Made Tuna Mayo! He he.
P/S : Oh tidakk…!! Lepas tulis resepi ni terus rasa nak terjah Hot Dog 1901…!!! Ohokkk….!!

Resepi Mee Kuah | Kategori : Sajian Sampingan |
Sumber : Resepi keluarga mertua



Bahan-Bahan
Mee Kuning              - Di basuh dan di celur
2 biji  Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
5 tangkai cili padi   (untuk pilihan yang lebih pedas)
1 sudu sos tiram 
Udang/sotong/ketam
2 biji telur
Sayur Sawi / Daun kucai
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng


Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3-4 cawan air (lebih sedap kalau guna air rebusan daging/udang/ketam) dan didihkan
v) Masukkan udang/sotong/ketam  & garam/perasa 
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi/daun kucai, cili padi  & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!

Story behind the scene :
Ini resepi asal mee kuah keluarga saya yang diturunkan oleh keluarga mertua. Pernah beberapa kali Mr Hubby yang masak sendiri! Memang best sekali sekala makan air tangan suami...! he he

Resepi Sup Daging & Nasi Panas | Kategori : Sajian Istimewa
Rujukan : Arwah Ibu Mertua

Bahan Bahan
1/2 kg daging
2 biji bawang besar     - dihiris
2 ulas bawang putih    - dihiris
1 inc halia                   - dipecah
1 bujut rempah sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Rempah tumis (Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih etc)
1 batang saleri
1 biji tomato
2 biji kentang – jika suka
Garam secukup rasa
Daun sup  & bawang goreng - untuk hiasan

Cara masakan sup ni cukup sempoi. Ini ikut stail keluarga Suami sebab bawang tidak di tumis. Kalau resepi keluarga saya di Johor memang bawang dikisar dan wajib ditumis dengan rempah supaya lebih aroma dan biasanya daging/ayam akan di perap dengan bahan tumisan dan ditutup sebentar sebelum di tuang air. Walaubagaimana pun Izan akan kongsikan resepi masakan stail Keluarga Arwah Ibu Mertua, Pahang (Al-fatihah). Ianya lebih sihat kerana langsung tidak menggunakan minyak ;)

Cara masakan 
1.      Untuk dapatkan daging yang empuk, hiris nipis dan rebuskan dengan air terlebih dahulu dengan api kecil kira-kira 20-30 minit.
2.      Setelah daging agak empuk baru masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan rempah tumis, sup bunjut, kentang dan halia.
3.      Rebuskan sebentar dan masukkan garam secukupnya.
4.      Apabila rasa sudah serasi, masukkan hirisan daun saleri dan tomato. Biarkan sebentar dan matikan api.
5.      Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk di hidang! Lebih enak jika di hidangkan bersama sambal kicap! Ada ummppphhh!!  He he he


Ha.. ni pula cara hidangan hari tu. Maklumlah hari selepas hujan, sejuk-sejuk.. teringat plak menu kat Ani Sup Utara. So hari tu  Sup tu dihidang bersama nasi panas-panas, timun, sambal belacan & telur masin. Fuhhh... memang terangkat!! he he 

Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan | Sajian Istimewa
Olahan Cik Izan


Salam.. sebelum saya mulakan tentang resepi masakan kali ini, ingin saya selitkan serba sedikit tentang 
Misi Diari Masakan yang di anjurkan oleh Mama Fiza, juga pemilik the little kittle. 
Misi Diari Masakan adalah modul baru dalam laman web beliau maka marilah bersama-sama menjayakan misi murni ini sebagai  warisan berharga kepada generasi kita yang akan datang!



Sejarah
Sejarah kisah kembara masakan saya bermula ketika saya melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit, Jepun sekitar tahun 1997. Di sebabkan sukar mendapat makanan HALAL di luar maka secara automatik saya mula TERpaksa mempelajari sendiri resepi-resepi masakan tradisi Malaysia. Biasanya saya akan tempah daging/ayam halal yang telah di sejuk beku dan akan memasaknya sendiri untuk santapan. Selalu yang menjadi mangsa ialah Bonda di kampung. Acapkali menelefon Bonda walaupun untuk resepi mudah! Almaklumlah waktu itu saya sendiri pun belum memiliki komputer dan akses internet. Maka pada bulan-bulan pertama boleh tahan melambung jugalah bil telefon saya! ha ha.
Ada juga beberapa menu masakan saya yang pernah menjadi kegemaran rakan-rakan Jepun terutamanya Kari Ayam dan Sambal Udang. Untuk rekod saya juga pernah keluar di kaca TV ketika menetap di International House (hostel) ketika di Tahun 1,  dalam segmen Masakan musim sejuk pelajar-pelajar luar negara siaran TV tempatan. Pada waktu itu resepi yang telah saya masak ialah Ketam masak lemak cili padi sebab masakan ni pedas maka kononnya boleh la 'panas'kan badan he he. Tapi malangnya saya sendiri tidak mempunyai rakaman siaran tersebut dan yang lebih kelakar lagi saya sendiri tidak mewar-warkan rancangan tersebut kepada rakan senegara gara-gara 'malu' maklum lah ketika itu saya sendiri pun baru setahun jagung dalam dunia masakan hu hu hu!

Buku cabaran 
Sebenarnya blog ini di bina atas inspirasi Bonda & keluarga tercinta (suami dan anak-anak). Kebanyakan resepi saya pelajari sendiri dari keluarga & insan-insan terdekat. Kadang-kala saya rujuk resepi-resepi di internet terutamanya myresipi & resepimesra.net. Akhir-akhir ini saya mula jadi pelawat setia Hana Memories kerana berasa kagum dengan entry update beliau sehingga 3 menu sehari! Dasat kan! Tak lupa juga Catlina yang sama-sama baru launch blog pasal makanan & masakan seangkatan dengan saya. Walaubagaimana pun saya juga memiliki koleksi himpunan resepi Sajian Selera yang di kepilkan bersama dalam Majalah Mingguan Wanita. Opsss! Masih tidak menjawab soalan.. buku cabaran saya buat masa ini ialah mendokumentasikan semua resepi yang sedang terBUKU di MINDA  (aci tak Mama Fiza ? hu hu) terlebih dahulu di samping mencuba resepi-resepi yang lain. InsyaAllah...



Sasaran

Sasaran utama saya ialah untuk memuatkan semua masakan tradisi keluarga saya tidak kira masakan Bonda sejak dari kecil atau pun masakan keluarga saya terlebih dahulu di dalam blog ini. Walaupun mungkin ada resepi yang kedengaran biasa tapi saya percaya, setiap keluarga punya ramuan, cara dan citarasa berbeza. Untuk itu saya ingin pastikan semua resepi keluarga saya di muatkan di blog ini untuk rujukan dan warisan kepada generasi saya yang akan datang termasuk juga sesiapa sahaja yang sudi menjadikan blog ini sebagai rujukan. Pada masa yang sama adakalanya saya suka mengolah resepi berdasarkan pengamatan kepada menu-menu yang pernah saya lihat atau rasai. Saya juga berhasrat untuk mencuba masakan baru sekurang-kurangnya satu resepi dalam seminggu ! InsyaAllah..

Resepi Mee Rewah Istimewa keluarga Cik Izan 
Jadi berbalik semula kepada resepi yang ingin saya paparkan kali ini. Resepi ini olahan saya sendiri. Tercetusnya resepi Mee Rewah ini ialah dari perkataan Mee REbus + Mee kuAH. = Mee REWAH . Arwah Ibu mertua pernah menurunkan resepi Mee Kuah kepada saya. Suami pun expert masak Mee Kuah ini kerana resepi ini pernah menjadi salah satu menu  yang pernah di perniagakan di kedai makan ketika Suami, En Sham kecil-kecil dahulu. 
Satu petang hujung minggu teringin betul nak makan Mee kuah tapi nak pekat tak sepekat Mee Rebus. Maka setelah rujuk beberapa laman web resepi, maka lahirlah resepi ini gabungan dengan resepi Arwah Ibu Mertua, yang dengan gembiranya saya beri nama MEE REWAH. Resepi ini saya anggap ekslusif untuk keluarga saya ;)




 
Hasilnya.. rasa cam mee kuah tapi pekat tak macam mee rebuss. . macam mee kuah tapi macam me rebuss, memang bestt lahhh!! Masuk bakul angkat sendiri hahahahah


Bahan-Bahan
Mee Kuning              - Di basuh dan di celur
2 ulas Bawang besar - dikisar
2 ulas Bawang putih - dikisar
15 tangkai Cili kering - dikisar
1/2 sudu sos tiram 
Udang/sotong/ketam
1 susu kecil Udang kering
1 biji kentang
2 biji telur
sayur sawi
garam/perasa secukup rasa
bawang goreng


** Untuk kuah pekat ala-ala mee rebus:
i) Rebuskan kentang, kulit udang dan udang kering didalam periuk kecil
ii) Apabila sudah masak, keluarkan kulit udang 
(kalau rajin kisar & toskan air kisar kulit udang tu)
iii) Kisar bahan2 lain seperti kentang & udang kering


Cara-cara masakan:
i) Tumiskan bawang merah & bawang putih yang sudah dikisar hingga naik bau
ii) Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak/garing
iii) Masukkan 3 cawan air (lebih sedap kalau ada air rebusan daging/udang) dan didihkan
iv) Masukkan bahan kisar dari **
v) Masukkan udang, sotong & garam/perasa 
vi) Bila dah sedap, masukkan sawi & pecahkan telur dalam kuah
vii) Bila telur dah masak, tuangkan kuah ke atas mee kuning yang sudah dicelur
viii) Taburkan lada hiris, bawang goreng & limau.. taraaaaa siap untuk dihidanggg!!!!!

Sekian entry saya yang panjang lebar untuk kali ini... Amacam Mama Fiza, OK tak ni? Nervous pula.. ha ha ha

Adoiii... sebenarnya dari mula guna template ni memang rasa ada je yang tak kena. Tapi tengok template ORI memang jatuh cinta pandang pertama di buatnya. Berapa kali cari template lain tapi tetap hati ni berkenan kat template lama tu jugak..

RUPA ASAL



RUPA tengah BLACK OUT!


Lebih teruk lagi hari ni langsung blogku yang comey putih berseri backgroundnya tu tetiba bertukar hitam! Lorrr.. ingatkan rumah je bleh black out, ni blog aku pun nak black out jugakk..?! Adoiii.. tensen makcik. Dah le baru setahunbulan jagung, kalau 'lampu' pun blackout camne la kengkawan nak singgah sini ye dak..? Tambah pulak hari ni K.Hana report kata comment box aku tu susah lak nak submit.. isk isk iskkk...  terus pikir panjang tak berapa nak panjang.. amek je template baru... zasssssssssssssss!!! Puh kiri puhh kanann.....!! Taraaaaaaaaaa...........!!


Harap-harap takde masalah tengah template baru nih. Kalau ada nampak macam dinding tak abes cat, lantai tak abes simen tu buat-buat pejam mata je la yekk... tuan rumah pun baru nak godeh godeh he he he.

Kalau kengkawan pun terhingin nak tukar template bleh la singgah BTEMPLATE.COM. Banyak template best-best kat sini...! Try la tengok!

Resepi My Mayo Macaroni | Sajian Sarapan |
Olahan : Cik Izan |


Bahan Bahan
300g macaroni   
2 sudu olive oil
5 ulas bawang putih     - dipotong dadu
10 ekor udang             - dibuang kulit
1/2 sudu serbuk lada sulah
3  sudu mayonis
3 inc  lobak merah      - dicincang halus                    
3 inc  timun jepun       - dicincang halus
Daun sup                    - potong halus untuk hiasan
Garam secukup rasa


Cara masakan
1.      Rebus macaroni dan toskan.
2.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga garing dan masukkan udang.
3.      Masukkan lobak merah dan timun jepun, taburkan garam dan lada sulah.
4.      Masukkan macaroni, kacau kemudian masukkan mayonis dan sedikit air (jika terlalu kering)
5.      Kacau rata dan rasa. Kalau dah berpuashati matikan api.
6.      Taburkan daun sup dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Sebenarnya resepi di buat spontan tanpa refer mana-mana resepi. Just teringat seminggu 
dua lepas ada ofis mate bawa bekal yg di masak oleh sang isteri, makaroni kaler putih. So
semalam terhingat-hingat dan congak lebih kurang. So nilah hasilnya...   My Mayo Macaroni hi 
hi hi

Roti Bakar Telur Kerbau | Kategori : Sajian Sarapan |


Bahan-Bahan
4 keping roti ( 1 set = 2 keping)
2 biji telur
2 sudu mayonis/majerin
Serbuk lada putih/hitam
Daun sup - di hiris utk hiasan

Cara-cara
1. Sapukan rata mayonis/majerin ke atas 2 keping roti dan susunkan diatas dulang bakar.
2. Buatkan lubang menggunakan cetak telur benjo tu keatas 2 keping roti lagi. Kalau tak ada guna cawan pun boleh macam saya. Tapi hati-hati jangan sampai roti koyak.
3. Letakkan roti yang berlubang di atas roti yang telah di sapu mayonis/majerin.
4. Pecahkan telur ke atas roti di bahagian tengah. Taburkan daun sup yang di hiris dan serbuk lada hitam/putih.
5. Bakar di dalam oven toaster selama 3 minit.
6. Siap untuk di hidang! Boleh tuangkan sedikit sos dan kicap. Bagi penggemar telur separuh masak memang pasti menyelerakan!

Sebenarnya.. semalam dapat foward E-mail dari kawan kat ofis. Pasal gambar roti bakar yang sangat simple nih. Tak silap dari buaya merah. Balik rumah kebetulan Abang beli roti..! Terus try buat ikut gambar tu..
TIPS : Sila abaikan 'kaler' roti yg gelap tuh .. hu hu. Itu di bakar 4 minit gara-gara takut telur tak cukup masak sbb baru keluar peti. 3 minit terbaik kot.. tapi seelok2nya telur tu di bilas dgn air dulu buang sejuk yek hu hu

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!