Resepi Sambal Terung | Kategori : Lauk Pauk |
Bahan-bahan
2 biji terung
3 biji bawang besar di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih dikisar - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar - Bahan 2
1 biji bawang di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam
Gula
Cara masakan
1. Gorengkan hirisan terung sehingga masak dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
3. Masukkan lada kering kisar dan tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan (jika suka).
4. Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili.Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
5. Setelah cukup rasa, masukkan terung dan bawang hiris, gaul hingga serasi. Matikan api dan sedia untuk di hidang!
Story behind the scene :
TIPS 1 :
Kadang-kadang rajin juga hujung minggu tu bila tumis rencah sambal tumis banyak-banyak. Rumah ni sambal tumis memang nombor satu! Hari-hari masak sambal pun laku! So kekadang bila dah tumis banyak-banyak, simpan rencah yang dah siap tumis tu dalam peti. Esok-esok balik kerja tinggal keluarkan bahan apa yang nak di sambal kan, masakkan sekali dah siap satu resepi tak sampai 10 minit! he he. Contoh Sambal terung ni, tinggal goreng terung tak sampai 5 minit lepas tu panaskan rencah sambal dan masukkan terung.. siappp!!!
TIPS 2:
Sebenarnya lagi, rumah saya 24 jam sentiasa ada bekalan lada kisar & bawang kisar. Jadi prosess masak tu lebih cepat. Untuk tahan lama, lada kering di rebus terlebih dahulu. Kemudian baru di kisar bersama sedikit minyak dan garam bersama sedikit air masak. Begitu juga bawang kisar, di kisar bersama sedikit bawang & minyak bersama air masak. Bahan lebih tahan lama dan proses memasak lebih pantas..! peaceee..!!
sedapnya...
pernah makan terung masak pajeri? sedap gak tau..tapi bahan2 die leceh nak siapkan..kena ade kerisik ,santan, segala jenis jintan2 tu..memang leceh la..tapi sedap tau..ehehe
wah.. best la resipe ni.. nanti nak try.. sy suka makan terung sambal ni.. time kasih kak... =)
izan,sama kita ..akak pun suka siapkan lada kering siap siap sekali.selalu blend sekali ngan bawang..hah nak masak men campak ajer..tu yg masak selalu menu campak2..akak suka terung2 nie.tapi kat umah akak sorang yg makan..tu yg jarang nak masak..
Re Tengkusri : errr.. leh tahan laa ha ha ha *masuk bakul*
Re Cik Aida : Pernah makan! Memang peberet gak pajeri terung ngan nenas tuh! Pernah try masak sekali tu pun belajar ngan kakak ipar. pas tu tak catit resepi terus tak ingat dahh uhuhuhu.
Re UmieZue : Sila silaaa.. sekali sekala best gak!
Re K.Asma : Tu la.. kalau bahan stanby ada kuat semangat sket nak masakk.. ha ha. Yang lelain tak minat terung ek? tu laaa.. Izan pun tak banyak resepi terung ni. hu hu
waaaaa nih peberet aku ngan asben aku nih! tiap2 minggu mesti ade menu wajib terung! hahahaa.... psstt ikan percik tuh pong nampak bestlah!!
sy pun suke msk smbal !!
tp ni 1st time jumpe resepi terung msk smbl ;p