Nasi Tomato

Posted by *∽ IZAN ∽* Monday, August 1, 2011 ,

Resepi Nasi Tomato  | Kategori : Sajian Istimewa |
Sumber : SIL


Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100ml)

Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau. Tambah sedikit minyak masak jika perlu. Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
2. Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
3. Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi. Tambahkan susu cair kira-kira 100ml serbuk perasa (kuib ayam), garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
4. Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi yg sedia dihidang.

Lauk Iringan
1. Ayam masak merah
2. Kari Dal daging
3. Acar sayur



Kat sini aku tak explain la resepi lauk. Ayam masak merah tu mcm ayam masak sambal gak tapi lebihkan sos cili/tomato/tiram & tomato blender.
Kari Dal tu kurangkan sket santan biar dia pior kari & jgn pekat sangat.
Acar sayur - Hiriskan timun, nenas, bawang & lobak. Campurkan gula & garam dan sedikit cuka secukup rasa. Nak pedas? buh cili potong. Siap!




Sumber Asal :  sweet@omoide

0 comments

Post a Comment

Terima kasih singgah.. terima kasih terlebih lagi sudi komen.... ceria hari saya hari ni!

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!